Makan Daging Yang Sudah Diproses Boleh Sebabkan Terjadinya Punca Kanser

Sudah pasti ramai yang tidak menyangka dengan kisah ini yang sebenarnya memakan daging yang sudah diproses boleh meningkatkan risiko kanser usus.

Kenapa boleh jadi begitu? daging adalah makanan harian hampir 80% penduduk dunia, jika begitu bagaimana untuk makan daging dengan selamat?

Perkara ini telah dikupas oleh pihak Root of Science yang terdiri daripada doktor-doktor berpengalaman, jom kita baca kupasan lanjut mengenai perkara ini.

22 pakar daripada 10 negara telah menganalisisa lebih daripada 800 kajian untuk sampai kepada satu kesimpulan, mereka mendapati pengambilan 50gram daging yang diproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17%. 50mg daging terproses ini sama seperti 1 ketul ‘hotdog’.

Untuk daging merah pula seperti daging lembu, ia mempunyai kebarangkalian untuk meningkatkan risiko terkena kanser usus, pancreas dan juga prostate.

Proses yang terlibat dalam penghasilan daging proses adalah penambahan garam, pengawetan, penapaian dan juga pengasapan(smoking)

Pada tahun 2015, International Agency for Research on Cancer(IARC), telah mengesahkan bahawa DAGING TERPROSES merupakan salah satu penyebab kepada kanser.

IARC merupakan salah satu gabungan kumpulan pakar dan salah satu kerja mereka adalah untuk melihat penyebab-penyebab kepada kanser daripada kajian yang sedia ada.

Apakah itu daging merah dan daging yang terproses?

Daging ‘merah’ adalah daging yang berwarna merah sebelum dimasak. Ianya jelas menggambarkan daging lembu, kambing termasuk daging babi

Daging ‘terproses’ adalah daging merah yang telah menjalani pemprosesan seperti penambahan garam, pengawetan, penapaian dan juga pengasapan(smoking)

Kedua-dua jenis daging ini adalah berbeza dengan daging putih seperti ayam dan ikan yang dimana kedua-duanya tidak meningkatkan risiko kanser

Kajian setakat ini

Kini terdapat banyak kajian yang mengatakan kanser usus kerap berlaku pada mereka yang mengambil daging terproses. Bukan itu sahaja, ia juga ada dikaitkan dengan kanser perut dan juga pankreas tetapi ia masih dalam siasatan lagi.

Kajian dan penyelidikan pada tahun 2011 merupakan kajian yang tepat dalam menunjukkan daging terproses adalah penyebab kepada kanser. Dimana satu kumpulan penyelidik daripada organisasi World Cancer Reasearch Fund(WCRF) telah menggabungkan lebih 800 kajian supaya mereka dapat melihat gambaran secara keseluruhan tentang kaitan diantara daging terproses dengan kanser.

Kajian tersebut mendapati mereka yang selalu makan daging terproses 17% berisiko untuk mengalami kanser usus berbanding dengan mereka yang mengambil sedikit sahaja.

Bagaimana daging terproses dan daging merah boleh menyebabkan kanser?

Saintis masih lagi sedang mencari punca bagaimana daging merah dan daging terproses menjadi penyebab kepada kanser.

Tetapi ia masih disebabkan bahan kimia yang terdapat di dalam daging tersebut

Dalam daging merah, masalah itu bermula daripada bahan yang dinamakan sebagai haem iaitu salah satu pigmen merah di dalam sel darah merah(Haemoglobin). Kompaun haem ini diuraikan di saluran permakanan menjadi kompaun lain iaitu kompaun N-nitroso. Kompaun ini dikatakan merosakkan sel-sel yang menyelaputi dinding usus. Oleh itu, sel pada dinding usus perlu membahagi dengan lebih cepat untuk memperbaiki dinding yang rosak.

Pembahagian sel yang cepat inilah yang menyebabkan kesalahan ketika replikasi DNA yang menyebabkan sel kanser terhasil.

Bagi daging terproses pula, ia mengandungi bahan pengawet seperti kompaun nitrate dan menyebabkan penghasilan lebih banyak N-nitroso kompaun di dalam saluran permakanan.
Memasak daging pada suhu yang tinggi seperti memanggang juga boleh menyebabkan terhasilnya kompaun lain yang boleh menyebabkan kanser.

Apakah maksud kepada keputusan IARC yang mengatakan daging terproses adalah punca kepada kanser?

Apa pun mekanisma penyebab kepada kanser, IARC telah menemukan bahawa daging terproses merupakan PENYEBAB KANSER.

Apabila IARC melihat kepada bukti dan kajian, mereka akan meletakkan bahan-bahan tersebut ke dalam beberapa kumpulan seperti dalam gambar dibawah.

Daging terproses telah diklasifikasikan pada kumpulan 1(group 1) sebagai PENYEBAB kepada kanser iaitu satu kumpulan penyebab kanser yang sama seperti merokok dan juga meminum alkohol. Mungkin ini berbunyi seperti sesuatu yang sangat merisaukan.

Tetapi perlu diingatkan bahawa klasfikasi tersebut menunjukkan keyakinan IARC terhadap penyebab kanser tersebut bukan berapa banyak peratusan manusia yang boleh terkena kanser disebabkan makan daging terproses.

Mungkin perumpamaan yang diberi oleh professor ini dapat membantu kita memahami perkara tersebut:

As Professor Phillips explains, “IARC does ‘hazard identification’, not ‘risk assessment’.
“That sounds quite technical, but what it means is that IARC isn’t in the business of telling us how potent something is in causing cancer – only whether it does so or not”, he says.
To take an analogy, think of banana skins. They definitely can cause accidents, explains Phillips, but in practice this doesn’t happen very often (unless you work in a banana factory). And the sort of harm you can come to from slipping on a banana skin isn’t generally as severe as, say, being in a car accident.
But under a hazard identification system like IARC’s, ‘banana skins’ and ‘cars’ would come under the same category – they both definitely do cause accidents.

Kita boleh cuba memahaminya dengan melihat perbezaan diantara orang merokok dan mengambil daging terproses seperti dalam gambar dibawah.

Pada 2011, saintis mendapati 3 daripada 100 kes kanser di UK disebabkan pengambilan daging merah dan daging terproses berbanding dengan 64,500 kes setiap tahun yang disebabkan merokok(ataupun 19 peratus daripada pesakit kanser)

Adakah ini bermaksud daging merah ataupun daging terproses wajib diharamkan dan langsung tidak boleh dimakan?

Tiada pun disini yang menyatakan pengambilan 1 hidangan yang mengandungi daging adalah tidak baik. Apa yang dimaksudkan disini adalah pengambilan daging terproses dan daging merah yang selalu pada jangka masa yang lama adalah tidak baik untuk kesihatan kita kerana ia boleh menyebabkan kanser.

Daging dengan pengambilan yang sederhana adalah bagus untuk nutrisi sebagai sumber protein, zat besi dan zat zink.

Berapa banyakkah daging yang boleh dimakan dalam sehari?

Ini adalah soalan yang susah untuk dijawab kerana kajian sebelum ini tidak memberi konklusi berapa banyak daging yang boleh dimakan. Apa yang boleh dikatakan adalah mereka yang mengurangkan pengambilan daging merah dan daging terproses mempunyai risiko yang kurang untuk terkena kanser.

Oleh itu, jika anda seorang yang mengamalkan diet yang mempunyai banyak daging dan ingin mengelakkan kanser, anda mungkin perlu fikir untuk mengurangkan kuantiti daging tersebut. Anda juga boleh menukarkan daging tersebut dengan daging ‘putih’ seperti ayam dan ikan. Seperti yang kami katakan di atas, tiada kajian yang menunjukkan pengambilan ayam dan ikan menjadi penyebab kepada kanser.

Jadi nasihat kami di sini

1) Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan
2) Kurangkan pengambilan daging merah terutamanya DAGING TERPROSES
3) Ambillah secara sederhana

Jika pengambilan sederhana, badan akan sihat dan akan mengelakkan diri kita daripada terkena kanser.

Kecuali merokok. Merokok memang tidak baik untuk anda walaupun pada kuantiti yang sedikit.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page Root of Science untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan fakta. – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *