Masjid Marree merupakan Masjid yang Tertua di Australia Berusia 135 Tahun

Jika melihat pada luaran bangunan pasti tidak akan menyangka bahawa itu merupakan sebuah masjid yang telah berusia 135 tahun yang bernama Masjid Marree.

Bentuknya tidak kelihatan seperti masjid kerana tidak unik ataupun mewah. Namun, itu tidak bermakna masjid itu tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

Masjid Marree terletak di Selatan Australia telah dibina pada tahun 1882 (beberapa sumber menyatakan ia telah dibina awal 1961) oleh komuniti ‘Afgan’ dari Selatan Australia.

Menurut Beautifulmosque pula, Masjid Marree ini dibina oleh seorang penternak unta bernama Abdul Kadir.  Masjid ini menjadi kegunaan umat Islam yang berada di Selatan Australia untuk solat dan menjalankan kegiatan keagamaan lain dari kalangan Islam Afghanistan yang berada di Australia.

Masjid ini tidak kelihatan seperti masjid kerana ia dibina tanpa tingkap dan juga pintu.  Bumbung masjid pula dibuat daripada sabut atau daun-daun dan sebahagian bumbungnya sudah tidak tertutup.

Selain itu, masjid ini juga ditongkat oleh batang-batang pokok dan hanya sebahagian dindingnya sahaja yang bertutup.

Oleh kerana masjid ini tidak lagi digunakan untuk menjalankan kegiatan ibadat, masjid Marree ini kelihatan seperti pondok usang yang terbiar.  Namun, Masjid ini menjadi salah satu tugu kenangan untuk keluarga dan juga penternak unta, Marree.

Pelancong yang datang melawat Masjid Marree ini perlu mengikuti peraturan-peraturan yang ditulis di papan.  Peraturannya adalah:-

Bismillahirahmannirrahim

Ini adalah taman peringatan khas yang didedikasikan untuk mengenang para penunggang unta Muslim dan keluarga Marree.

Semoga anda mendapat kedamaian dan keterbukaanNya.

Sila perhatikan syarat sewaktu memasuki masjid.

Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di kawasan ini. (hanya untuk dikunjungi dan hanya dengan pengawasan orang dewasa)

Diminta untuk tidak membawa kertas, minuman atau makanan ke dalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *