Masyarakat Turki Gemar Berbuka Puasa dengan Meminum Air Teh

Turki merupakan negara yang mengunakan teh tertinggi.  Menurut statistik, Turki memiliki anggaran penggunaan teh tahunan sebanyak 6.961 pound/orang.   Ini kerana sudah menjadi satu budaya bagi masyarakat  Turki untuk meminum teh.

Chef Sezai Zorlu yang berdarah Turki menyatakan teh menjadi salah satu minuman kegemaran masyarakat Turki untuk berbuka puasa.

Menurut Chef Sezai, “Kebanyakan orang Turki berbuka dengan meminum air teh kerana teh panas akan membuatkan badan berasa tenang.  Disebabkan perut kosong ketika berpuasa jadi meminum teh akan menjadikannya selesa.”

Chef Sezai yang mempunyai restoran di Jakarta juga menjelaskan bahawa teh Turki boleh membuat anggota badan tenang selepas menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Tambahnya lagi, “Teh akan memberi ketenangan kepada semua organ dalam perut,  membuat persediaan kepada perut sebelum kita memakan makanan yang berat supaya perut tidak terkejut.”

Teh yang berasal dari Turki mempunyai rasa yang unik dan menenangkan.  Aromanya istimewa dan juga mengandungi rempah.

Selepas minum, dapat dirasa teh yang kuat dan pekat dengan rasa masam limau yang nipis.

Semakin diminum teh Turki akan terasa cengkih yang nipis tetapi tidak menutup rasa asli teh Turki itu. – UN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *