Matador temui ajalnya di tanduk seekor lembu jantan

PARIS: Akibat kakinya tersangkut pada pakaian, matador kelahiran Perancis, Ivan Fandino, meninggal dunia di hospital selepas ditanduk lembu jantan dalam pertandingan di barat daya Perancis.

Fandino, 36, tersungkur dalam gelanggang pertandingan selepas kakinya tersangkut dalam pakaian dan ditanduk lembu yang menembusi paru-parunya.

Beliau mengadakan persembahan di festival laga lembu di Aire-sur-l’Adour di Perancis dengan beberapa matador lain, Juan Del Alamo dan Thomas Dufau.

Fandino menang pada perlawanan terdahulu dan berjaya memotong telinga lembu itu.

Pihak berkuasa hospital enggan memberi komen tetapi sumber perubatan bebas memberitahu Fandino diserang sakit jantung dua kali dalam ambulans dan meninggal dunia di hospital. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *