Norman Puji Memey Berpurdah

Aktor Norman Hakim memuat naik foto isterinya, Memey Suhaiza dengan imej berpurdah di laman Instagram (IG) semalam.

Menerusi foto tersebut dia dan Memey yang memakai tudung dan niqab serba hitam sedang berswafoto berdua.

Norman dalam kapsyennya menulis:

“Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja
Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!”

Ni baru betul #RenunganMautBinikuNinja 😬 . . Pelan2 kayuh ye cayang..jalan2 jom!

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Entri berkenaan mendapat respon positif daripada pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata gembira dengan imej Memey itu.

Malah ramai yang memuji kecantikan Memey meskipun berpurdah. – ag