Orang kanan P.Ramasamy dakwa pengundi diupah RM 50 untuk pindah kawasan.

GEORGE TOWN: Seorang ahli majlis perbandaran DAP membuat laporan polis mengenai suatu “kempen” di mana pengundi didakwa diberi RM50 untuk menukar kawasan pilihan raya.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai Satees Muniandy berkata kempen itu diadakan di Seberang Jaya dan Bagan Dalam sejak 2 minggu lalu.

Dia berkata seorang yang tidak dikenali telah mengatakan Hindu Sangam Malaysia memanggil pengundi berketurunan India untuk “membawa kad pengenalan mereka” supaya menukar kawasan pilihan raya dari Seberang Jaya (kerusi PKR) ke Perai.

Satees dalam laporan polisnya mendakwa kempen itu untuk meningkatkan bilangan pengundi untuk Barisan Nasional (BN) dan MIC.

Perai adakah bekas kerusi tradisi MIC dan ditawan DAP sejak 2008. Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy menduduki kerusi tersebut.

Satees mendakwa RM50 dibayar sebagai ganjaran kepada mereka yang membawa kad pengenalan untuk memudahkan pemindahan nama di Perai.

“…ini dimaklumkan kepada saya oleh seorang bernama Sumi, yang menghubungi saya *semalam,”*kata laporan polis Satees. Dia menunjukkan laporannya kepada pemberita hari ini.

Satees berkata awal minggu lalu seorang warga emas datang ke pejabat DAP Perai untuk mengadu tentang “orang MIC dan Hindu Sangam” mengumpul kad pengenalan di DUN Bagan Dalam.

Satees mendakwa kawasan pengundian mereka juga sudah ditukar ke Perai. Kerusi Bagan Dalam juga dipegang DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *