Pakar Photoshop Dedahkan Rahsia Disebalik Gambar Cantik di Media Sosial

Seorang pengguna aplikasi Weibo yang bernama Kanahoooo telah diberi gelaran ‘Photoshop Holy’ oleh media sosial di China disebabkan oleh kemahirannya mengedit gambar menggunakan Photoshop.

Dia telah berkongsi gambar di akaun Weibonya sebagai peringatan kepada pengguna lain supaya tidak percaya dengan apa yang mereka lihat di Internet kerana beberapa gambar cantik mungkin hasil dari Photoshop.

Untuk membuktikan kata-katanya, Kanahoooo telah kongsi beberapa gambar hasil kerjanya sendiri.  Dia menunjukkan gambar asal bersama hasil gambar yang telah dieditnya yang ternyata jauh berbeza dengan gambar asal.

Gambar hasil edit Kanahoooo ternyata lebih menarik dan cantik dari gambar asal.

Menurut Nextshark, Kanahoooo merupakan seorang wanita yang kerjanya membuat orang kelihatan “cantik” kerana dia menerima permintaan untuk mengeditkan gambar orang yang ingin kelihatan cantik di media sosial mengunakan Photoshop.

Menurut Kanahoooo, “Jangan percaya pada kesempurnaan yang anda lihat di Internet.  Jika anda ingin mengenali seseorang, lihatlah mereka secara nyata.”

Ramai orang yang meminta bantuan Kanahoooo supaya mereka boleh kelihatan cantik dan mendapatkan pasangan melalui media sosial.

Kanahoooo boleh menukar tubuh yang gempal menjadi ramping, bentuk wajah menjadi kecil, kulit yang gelap bertukar putih, mata sepet kelihatan besar dan juta kulit yang berparut menjadi licin serta sempurna.

Selain itu, Kanahoooo juga menerima perkhidmatan untuk menukar gambar lelaki, perempuan dan juga haiwan.

Meskipun melakukan perniagaan mengedit gambar sebagai sumber mancari wang, Kanahoooo masih juga mengingatkan orang ramai tentang bahaya penipuan atas talian dan menggalakkan orang ramai untuk berjumpa secara berdepan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *