PAS Kedah Semakin Bermasalah Bila Dipenuhi Pemimpin Munafik

19/06/2017 – Nampaknya parti PAS yang di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bergolak dan mengalami krisis dalaman jika masih membiarkan pemimpin-pemimpin munafik dan muka tembok dalam parti yang akan membawa kerosakan kepada parti.

Meskipun kekal bersama parti, namun ramai pemimpin parti PAS dilihat lebih gemar menyokong parti pembangkang lain berbanding parti sendiri. Amat malang apabila mempunyai pemimpin-pemimpin munafiknya seperti ini dalam parti.

Justeru, ia memerlukan kerja keras untuk singkirkan parasit yang masih bersarang dalam parti. Namun bagaimanapun, pemimpin munafik PAS ini dilihat bergerak secara senyap-senyap dan kurang mempamerkan belang mereka secara terang-terangan.

Walau bagaimanapun, media sosial seperti Facebook dan WhatsApp menyerlahkan kemunafikan mereka sebenar. Ini dapat dilihat dalam beberapa group WhatsApp yang melibatkan beberapa orang pemimpin PAS, sifat munafik itu terserlah apabila sebahagian daripada mereka bersikap lebih parti serpihan parti itu, PAN daripada PAN.

Alasan mereka bertindak sedemikian adalah kerana PAS tidak lagi mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ia mengundang marah dan seperti berputus asa untuk meneruskan perjuangan bersama-sama PAS. Tetapi disebabkan jawatan dan kedudukan, mereka kekal di dalam PAS walaupun hati masing-masing sudah tidak ada dalam PAS.

Salah seorang daripada mereka adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Secara amnya, jika dilihat para pemimpin PAS negeri Kedah merupakan antara yang paling bermasalah dan bakal memberikan masalah kepada PAS sendiri.

Ini dapat dilihat apabila ada sebahagian daripada mereka yang beria-ia cuba mempropagandakan kononnya, PAS Kedah berbeza daripada PAS Pusat. Mereka kononnya lebih terbuka dan sentiasa bekerjasama erat dengan PAN, bahkan bergiat aktif mencuri ahli-ahli dan cuba merampas kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS sebelum ini.

Sebagai contoh di Sungai Limau dan Pendang, perbuatan menikam dan cubaan membunuh PAS oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri amat ketara. Label ‘bodoh’, ‘walaun’ dan sebagainya diberikan kepada mereka yang akur dengan nasihat Presiden PAS untuk membawa PAS menjadi sebuah parti yang berpolitik secara matang.

Ini kerana keinginan mereka untuk kembali berada di bawah naungan DAP begitu meluap-luap. Buktinya, apabila seorang ADUN PAS Kedah di Parlimen Kuala Kedah secara terang-terangan memberitahu, PAS tidak akan ke mana-mana tanpa DAP.

Katanya, PAS perlu kembali semula ke pangkuan DAP kerana hanya DAP sahaja yang dapat mencorakkan kemenangan untuk PAS dan PAS terlalu banyak terhutang budi dengan DAP, bukan sebaliknya.

Jadi tidak menghairankanlah apabila pujian dan dan sanjungan diberikan kepada PAN yang kononnya lebih dinamik dan lebih diminati oleh para pengundi muda PAS di Kedah, kononnya kerana lebih berpijak di bumi nyata kerana bersekongkol dengan DAP.

Malahan, kempen untuk tolak PAS, sebaliknya memilih PAN atau Cap Bunga turut dilakukan oleh para pemimpin yang telah diberikan kepercayaan oleh PAS itu. Manakala di Sungai Tiang pula, PAS di Felda Sungai Tiang berkecamuk kerana sebahagian besar daripada tenaga penggeraknya kini lebih berminat dengan Mat Sabu.

Kebetulan Mat Sabu merupakan calon Parlimen PAS PRU-13 yang menyaksikan beliau berjaya dikalahkan oleh anak tempatan, Othman Abdul. Bendera-bendera hitam telah mula dikeluarkan dan bakal dipacakkan pada bila-bila masa. Bendera hitam telah digunakan pada PRU-13 lalu untuk menarik sokongan puak-puak Syiah Pendang agar mengundi Mat Sabu.

Propaganda dan kempen sedang giat dijalankan di kalangan para peneroka, terutama yang beraliran PAS agar beralih dari PAS kepada PAN, manakala Cap Bunga pula giat cuba mengalihkan sokongan para peneroka yang dikenali menyokong UMNO kepada Cap Bunga dengan mempromosikan ketokohan Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir.

Walaupun kedua-dua itu, semasa berkuasa tidak pernah sampai ke Felda Sungai Tiang, apatah lagi lanjut sehingga ke Kampung Tok Dam dan Weng tetapi sekarang sudah mampu berbuat begitu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *