PAS Keluar Dari Pakatan Kerana Sedar DAP Adalah Evangelis Kristian

05/06/2017 – Parti cauvinis DAP sebenarnya memang berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara beragama Kristian. Perkara tersebut telah dibuktikan melalui sebuah buku bertajuk ‘Becoming Hannah‘.

Buku yang mencetuskan kontroversi dan mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama itu ditulis oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat terbatal disebabkan timbulnya kesedaran bahawa gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP dan hal ini bakal merugikan Islam.

Itulah yang didakwa oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki apabila ditanya sama ada faktor Evangelis Kristian DAP menjadi penyebab kepada parti Islam itu menjauhi pakatan.

Malah PAS sedar akan hal itu seawal isu kalimah Allah lagi, dan ini boleh dilihat dengan beberapa langkah dan tindakan yang dibuat oleh Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS ketika itu melalui Majlis Syura untuk menjauhi DAP setelah sedar akan pengaruh gerakan evangelis dalam isu kalimah Allah.

“Ini faktor terpenting sebab persoalan tahaluf tidak boleh merugikan Islam.

“Tetapi ketika itu masih ada juga segelintir kepimpinan pusat yang masih tidak nampak akan hal sedemikian dan mereka ini, dapat dilihat sekarang ini pun masih bersama dengan DAP,” tegas Zuhdi yang merujuk kepada kumpulan yang telah meninggalkan perjuangan PAS.

Namun malangnya, masih ramai yang melihat pendedahan yang dibuat oleh Pengarah MAPAN Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff tentang dakyah Hannah Yeoh sebagai isu penyebaran dakyah Kristian biasa, sedangkan ianya amat berkait rapat dengan politik dan kuasa.

“Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian.

“Baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” dedah Kamarul Zaman.

Evangelis Kristian ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukanlah Kristian biasa, mereka ini akan mengganggu dan menggugat kestabilan politik sesebuah negara.

Ini dapat dilihat dalam buku seperti ‘The Evangelical: The Struggle to Shape America’ ada menceritakan panjang lebar bagaimana Donald Trump yang bukanlah calon ‘favourite’, tetapi berjaya menang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan bantuan gerakan Evangelis Kristian.

“Mereka ini mahu menguasai politik. Ini bukan hanya penyebaran dakyah Kristian biasa,” kata Zuhdi. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *