PAS tolak pelawaan Pakatan Harapan mengenai 1MDB

Pendirian Pas menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama-sama memastikan mereka yang dituduh melesapkan dana 1MDB dibawa ke muka pengadilan seolah-olah mengikut skrip Umno.

Setiausaha Eksekutif Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berkata, alasan Pas menerusi kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali itu, sekali gus menimbulkan tanda tanya.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, adakah Pas tidak menghiraukan isu-isu penyelewengan yang merugikan di negara sendiri?

“Sebagai seorang ahli parlimen, Khairuddin harus sedar betapa serius isu ini atau saja buat tidak tahu? Angkuh dan sombong hanya akan merugikan dan memalukan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Muhammad Shahir berkata, beliau pelik dan geli dengan gelagat Pas yang seolah-olah ingin kembali kepada BN seperti di bawah Datuk Asri Muda suatu masa dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *