Pasangan Lesbian Popular, Ellen Dan Portia Bercerai

Selepas lebih satu dekad mendirikan rumah tangga, pasangan lesbian paling popular di dunia Ellen DeGeneres dan Portia De Rossi bakal mengumumkan perceraian mereka tidak lama lagi.

Pelawak dan pengacara program temu bual itu dan Portia yang merupakan seorang pelakon, juga sedang dalam proses terakhir jual beberapa kediaman mewah mereka termasuklah rumah kelamin di Santa Barbara, California.

Sebelum ini, Ellen menyifatkan rumah itu sebagai “rumah kami selama-lamanya”, namun nampaknya pasangan tersebut tidak akan bersama hingga ke hari tua setelah hubungan perkahwinan mereka tamat.

Walaupun Ellen dan Portia mungkin tidak lagi hidup bersama namun apa yang pasti adalah mereka kekal ‘berduit’.

Khabarnya, nilai keseluruhan aset mereka adalah AS$58.6 juta (RM251 juta) dan hasil jualannya diramalkan bakal diagihkan sama rata antara mereka berdua. Fuh, kaya tu!

Meskipun Ellen, 59, mengatakan perkahwinannya “baik-baik sahaja”, tetapi sebenarnya dia mahu memilih masa yang sesuai untuk mengumumkan perpisahan dengan Portia. – mnh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *