Pasukan Avengers Muncul dalam Trailer Terbaru ‘Black Panther’

Los Angeles – Satu lagi superhero Marvel bakal muncul dengan filem terbaru bertajuk Black Panther.  Watak baru ini akan bergabung bersama pasukan Avengers.

Menurut Sindonews, Chadwick Boseman memberitahu melalui akaun Twitternya bahawa watak Wakandan Black Panther (T’challa) akan muncul dalam filem tersebut.

Boseman telah memuat naik video singkat di Twitter yang menunjukkan lokasi penggambaran Infinity War yang menampakkan tiga buah kerusi yang menunjukkan nama Steve Rogers (Chris Evan), T’Challa, dan Natasha Romanoff (Scarlet Johansson).

Chadwick juga akan membawa wataknya sebagai Black Panther dalam filemnya sendiri yang bakal ditayangkan pada 16 Februari 2018.  Selepas Captain America: Civil War, T’Challa (Black Panther) harus kembali ke Afrika dan menjadi pemimpin baru bangsa Wakanda.

Namun, T’Challa mendapat cabaran baru iaitu dua orang musuh bersubahat untuk menghancurkan Wakanda.  Oleh itu, dia harus berkerjasama dengan agen C.I.A, Everett K. Ross dan pasukan khas Wakandan untuk menghalang kaumya dibawa ke dalam perang dunia.

Sewaktu pasukan Avengers melindungi dunia dari ancaman yang besar, muncul penjahat baru yang bernama Thanos.

Selain itu, filem ini juga turut dibintangi oleh Robert Downey Jr, Chris Pratt, Chris Hemsworth, Benedict Cumberbatch, Mark Ruffalo, Tom Holland, Jeremy Renner, Elizabeth Olsen, Paul Bettany, Zoe Saldana, Josh Brolin, Dave Bautista, Peter Dinklage dan Terry Notaris.

Avengers: Infinity War akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Mei 2018. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *