PDRM Perlu Ambil Tindakan Terhadap Ramasamy Kerana Cuba Cetus Isu Perkauman Dan Menghasut Rakyat

30/06/2017 – Kononnya untuk menunjukkan merekalah “memperjuangkan” hak rakyat. Namun segala tindakan yang sering puak Pakatan Harapan lakukan hanyalah berlandaskan nafsu jahat. Mereka hanya tahu melalak tak tentu pasal.

Ini dapat dilihat dalam isu berhubung kontrak pengendali makanan kantin Politeknik Seberang Perai (PSP). Isu ini hangat diperkatakan apabila isu perkauman dan hasutan dicetuskan.

Jadi, memang wajarlah apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menempelak TKM II Pulau Pinang, Dr Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan.

Di Sidang Media pada Khamis, 29 Jun bersama pengendali kantin politeknik Gopi Krishnan Gopal, Ramasamy telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang jika tidak dibendung boleh mewujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

“Saya telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebut harga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.

“Bukan kontrak pengendali gerai makanan bernama Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat pada 30 Jun 2017; kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut.

“Jadi, tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam,” kata Reezal.

Beliau berkata, Jawatankuasa Sebut harga PSP yang membuat penilaian ke atas sebut harga telah menolak sebut harga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebut harga.

“Sebut harga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebut harga pengendali makanan di PSP.

“Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM.

“Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini.

“Justeru, saya ingin nasihati dan sarankan kepada YB Dr Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan,” kata Reezal.

Beliau berkata sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini.

“Beliau hanya mendengar cerita sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement beliau sendiri.

“Suka saya ingat kan YB Dr Ramasamy sekali lagi supaya tidak bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan hubungan antara kaum dan agama,” tegas Reezal.

Sehubungan itu, Reezal memuji tindakan Pemuda MIC Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah Politeknik Seberang Perai untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PSP. Satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *