Pelajar Kolej Shandong Dilarang Memakai Skirt dan Seluar Pendek Sepanjang Musim Panas

Kemunculan musim panas telah membawa ‘fashion police’ ke sebuah kampus kolej konservatif di Shandong, untuk memantau pelajar yang menunjukkan kaki terlalu banyak.

Pasukan peronda telah berkumpul di Kolej Kejururawatan Vokasional Jinan atas tugas mencari pelajar yang melanggar kod pemakaian ketat, yang menggangu pelajar.

Menurut Beijing Times, pelajar yang ditangkap oleh peronda kerana memakai skirt atau seluar pendek di atas lutut, nama mereka akan direkodkan jika itu kesalahan mereka yang pertama.  Jika itu kesalahan yang ketiga, mereka akan dimalukan secara terbuka.  Selain itu, pesalah juga akan dipotong markah daripada markah kelas mereka.

Peraturan kod pemakaian ini digunakan kepada pelajar lelaki dan perempuan, meskipun hampir keseluruhan pelajar sekolah kejururawatan adalah perempuan.

Ramai pelajar telah menentang peraturan ini yang juga telah mengharamkan pemakaian flip-flops. Peraturan ini dikira kejam kerana suhu musim panas di China mencecah 30 darjah celcius.   Namun, ada juga pelajar yang bersetuju dengan peraturan itu, mengatakan memakai pakaian yang terlalu terdedah dalam kelas adalah tidak sesuai.

Sementara itu, seorang pegawai di kolej vokasional itu menjelaskan kod pemakaian itu bukan polisi sekolah, tetapi adalah satu garis panduan yang disediakan oleh persatuan pelajar untuk meningkatkan imej dan sikap kolej. Pihak kolej hanya memberi sokongan kepada peraturan itu.

Pelajar bebas memakai seluar pendek atau skirt pendek di ruang mereka sendiri tetapi apabila menghadiri kelas atau berjalan di sekitar kampus, mereka perlu berpakaian tertutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *