Pemimpin DAP Akui Pulau Pinang Semakin Hancur Dibawah Pentadbiran Guan Eng

19/06/2017 – Jika ditegur pentadbirannya bermasalah sehingga membawa penderitaan kepada rakyat dan kemusnahan pada negeri, pasti Lim Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang akan melenting dan membidas kembali pihak yang mengkritiknya.

Malah, lebih jeliknya apabila cuba menyembunyikan kekurangan pentadbirannya dengan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan. Sebagai contoh, apabila pemimpin Barisan Nasional yang menegur pentadbirannya, pastinya Ketua Menteri akan berkata mereka dengki dan sakit hati.

Itulah cara mudah yang sering digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka sering mengelak daripada bertanggungjawab atas masalah yang mereka timbulkan.

Apa yang penting bagi mereka, hanya kepura-puraan untuk menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP tiada masalah dan lebih baik daripada pentadbiran di bawah kerajaan sebelum ini.

Itulah sikap jelik Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak pernah mengakui kekurangan mereka, sebaliknya cuba mendabik dada mengatakan mereka sentiasa bagus dan kononnya sentiasa ‘memperjuangkan hak’ rakyat.

Namun bagaimana pula jika ianya diluahkan sendiri oleh pemimpin parti sendiri yang amat berpengaruh. Adakah minions dan macai parti rasis dan cauvinis DAP yang di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang akan berkata Wakil Rakyat veteran DAP Dr Tan Seng Giaw mendapat dedak dari UMNO?

Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Kepong itu semalam melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau menulis 4 perkara ditulis dalam Bahasa Malaysia dan English apa yang hilang di Pulau Pinang:

Pertama adalah keadaan pantai yang berubah.

Kedua adalah kehijauan di Balik Pulau.

Ketiga adalah populasi penduduk berjumlah 850,000 yang memerlukan rumah.

Keempat adalah peluang pekerjaan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *