Penumpang pesawat terbangun dari tidur kerana ditarik bulu kaki.

Vietnam – Seorang pelancong menerima ‘wake-up call’ yang sangat pelik sewaktu dia di dalam kapal terbang.  Dia telah terbangun dari tidur kerana merasakan kesakitan yang pelik dikakinya.

Penumpang yang bernama Christiano Ochoa itu menyatakan, “Saya berada dalam penerbangan dari Hanoi ke Saigon.

Kejadian itu berlaku sewaktu saya sedang tidur dan ia telah mengejutkan saya dari tidur.”

Menurut Ochoa, apabila membuka mata, dia terlihat tangan kecil diantara kerusi di hadapan, menarik bulu pada pehanya satu demi satu.

Katanya lagi, “Saya tengok kanak-kanak itu menarik bulu kaki saya.  Oleh sebab saya merasakan situasi itu tidak masuk akal, saya terus bertindak merakamnya.”

Rupa-rupanya, kanak-kanak Vietnam yang duduk di barisan hadapan kerusi Ochoa tidak pernah melihat bulu yang banyak di kaki. Jadi, dia telah bertindak sendiri untuk menyiasat.

Ocha telah memuat naik video lucu itu di Youtube dan telah ditonton lebih dari 80 ribu kali. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *