Penyokong LGBT mahu BAKAR Ulamak di Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang Mak Nyah menzahirkan impiannya agar individu bernama Harussani dibakar dalam akaun twitter miliknya baru-baru ini. Md. Nor Ismat Selamat, penganjur bersama program Seksualiti Merdeka itu mendakwa adalah lebih patut untuk Harussani dibakar berbanding dengan buah Harumanis.

Aktivis Sisters In Islam (SIS) yang juga berkhidmat sebagai Pengurus Program PT Foundation itu pernah bersama-sama Siti Kasim dan rakan-rakan yang lain memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka.

Beberapa bulan yang lepas, Siti Kasim pernah tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya telah menerima ‘ugutan bunuh’ oleh pengguna media sosial Facebook. Selain Siti Kasim, Dato’ Noor Farida Ariffin juga pernah tampil membuat laporan polis kononnya ahli G25 telah mendapat ‘ugutan bunuh’ di laman Facebook.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria pernah dihina dengan pemberian anugerah kategori ‘menghina intelektual’ anjuran NGO pro LGBT bersama kumpulan mahasiswa di sebuah universiti swasta di Petaling Jaya pada tahun lepas. Penghinaan tokoh ulama itu telah mendatangkan kemarahan ramai umat Islam negara ini./mnr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *