Polis Menahan Sami dan Pegawai Polis atas Serangan Anti-Muslim di Sri Lanka

Colombo – Polis Sri Lanka telah menahan empat orang termasuk seorang sami Buddha dan seorang anggota polis atas kesalahan mengambil bahagian dalam serangan terhadap masjid, sebagai tindakan keras atas keganasan terhadap penduduk Muslim.

Polis menyatakan keempat-empat tersebut adalah ahli tegar organisasi Bodu Bala Sena (BBS) atau pertubuhan Buddhist Power Force, dimana golongan Muslim telah dipersalahkan atas serangan terbaru ke atas masjid dan perniagaan.  Namun, BBS telah menafikan sebarang penglibatan.

Menurut jurucakap polis, Priyantha Jayakody, “Polis telah menahan empat orang termasuk sami Buddha dan polis konstabel selepas melihat rakaman CCTV tersebut.”

“Ini adalah satu kejayaan terbesar, dua orang itu merupakan ahli terkemuka organisasi Bodu Bala Sena. Mereka telah ditahan bersama pedang, kayu hoki dan peralatan yang digunakan untuk membuat bom petrol.”

Presiden Maithripala Sirisena menerima kritikan hebat dari pembangkang dan diplomat kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk melumpuhkan organisasi Buddha tegar serta melindungi umat Islam.

Sejak 17 April, lebih daripada 20 serangan telah direkodkan berlaku ke atas umat Islam termasuklah membakar perniagaan milik Muslim dan serangan bom petrol di Masjid.

70% penduduk Sri Lanka adalah Buddha dan hanya 9% sahaja Islam. Ketegangan semakin berlarutan, apabila beberapa penganut tegar Buddha menuduh orang Islam memaksa orang ramai untuk memeluk agama Islam dan telah merosakkan tapak arkeologi Buddha.

Jayakody juga mengatakan pada bulan ini, polis telah menahan sebelas orang bagi kesalahan ucapan berbaur kebencian, termasuklah seorang Muslim kerana menuduh Buddha dan Tamil menyerang Masjid di Facebook.

Pada tahun 2004, tiga orang Muslim telah dibunuh dalam rusuhan yang dilakukan oleh penganut tegar Buddha.

Presiden Sirisena telah dipilih pada tahun berikutnya selepas berkempen berjanji untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh golongan minoriti Tamil dan Islam di Sri Lanka.