Princess Syarini Jual Kek Naik Helikopter

Cukup dikenali dengan jolokan ‘princess’, nampaknya penyanyi popular Indonesia ini membuktikan dia selayaknya digelar dengan panggilan sebegitu.

Masakan tidak, baru-baru ini selebriti berusia 34 tahun ini mencuri perhatian apabila mendedahkan kehidupannya yang mewah.

Memetik laporan detik.com, untuk pergi ke Bandung saja, Syahrini menaiki helikopter eksklusif.

Malah pada helikopter tersebut tertera huruf inisial namanya ‘SYR’. Tujuan pelantun lagu ‘Sesuatu’ itu ke Bandung semata-mata untuk melancarkan perniagaan kek yang diusahakan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan helikopter itu baru mendarat dan Syahrini turun dari kendearaan tersebut sambil memengang sejambak bunga.

“Landing Syantiieekkk Di Kota Bandung….Udah Ga Sabar Ketemu Kamu Orang Bandung Di Grand Opening @bandungprincesscake #KacidddaaaRaosnnnaaaa ••• #PrincesSyahrini #BandungPrincesSCake #KacidddaaaRaosnnnaaa,” kapsyen yang ditulis Syahrini pada videonya.

Dunia perniagaan bukan baru bagi Syahrini. Sebelum menceburi perniagaan kek, dia sebelum ini sudah membuka pusat karaoke. – kg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *