Puluhan buku Militan DAESH berjaya dirampas oleh Polis Indonesia

Polis Indonesia hari ini mempamerkan berpuluh-puluh buku nota mengandungi propaganda Daesh yang dirampas ketika serbuan di rumah suspek militan di ibu negara.

Polis berkata, sejumlah buku itu mungkin digunakan sebagai bahan pembelajaran kanak-kanak.

Polis turut menjumpai beratus-ratus buku nota mengandungi propaganda Daesh di Indonesia ketika serbuan susulan kejadian seorang polis yang ditikam mati di Medan, di ibu negara wilayah Utara Sumatera pada 25 Jun lalu.

Muka depan buku berkenaan mempunyai gambar pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dengan petikan: ‘Anda semua wajib pergi berperang.’

Pihak berkuasa percaya Daesh mempunyai beribu-ribu penyokong di Indonesia dan kini cuba bertapak di Asia Tenggara tatkala kehilangan sebahagian besar wilayah di Asia Barat.

“Kami masih menyiasat pihak yang menaja percetakan buku ini, ” kata jurucakap polis, Rikwanto pada sidang media.

Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *