Redza Rosli Bergaduh Dengan Penerbit Drama?

Nama pelakon Redza Rosli sedang meniti populariti pada saat ini. Tambahan pula drama lakonan beliau bersama Ayda Jebat, Ku Kirim Cinta sedang hangat ditayangkan di kaca TV.

Baru-baru ini timbul isu bahawa hubungan Redza dengan seorang penerbit drama dikatakan berantakan.

Sebelum ini, Redza banyak berlakon di bawah produksi penerbit berkenaan. Boleh dikatakan nama Redza mula meniti di bibir peminat kerana drama-dramanya bersama produksi itu.

Disebabkan terlalu kerap berlakon di bawah produksi yang sama, ada yang mendakwa Redza adalah ‘anak emas’ penerbit tersebut.

Sehinggakan timbul gosip liar bahawa dia ditaja serta dikongkong oleh penerbit berkenaan.

Redza sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Media Prima berkata, hubungannya dengan penerbit itu baik-baik sahaja.

Kata Redza lagi, sebelum ini dia ada menolak tawaran dari penerbit berkenaan yang mahukannya berlakon dalam satu drama. Tetapi beliau terpaksa menolak kerana jadualnya bercanggah dengan drama Ku Kirim Cinta.

“Mungkin dari situ timbul salah faham sedikit, tetapi sebenarnya tiada apa apa pun”. Katanya.

Redza juga turut menyangkal dakwaan bahawa penerbit itu tidak senang melihat hubungannya bersama Ayda Jebat.

Ditanya sama ada beliau bersedia kembali berlakon di bawah produksi berkenaan, Redza berkata beliau tiada masalah langsung bergantung kepada masa dan jadual yang sesuai. – sfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *