RM 867 juta untuk Kembalikan Cristiano Ronaldo ke Man United

Manchester – Kelab bola sepak terkaya, Manchester United dikatakan mencuba sekali lagi untuk kembalikan bekas bintang mereka, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford pada musim panas ini.

The Red Devils dikatakan sedang menyiapkan tawaran tidak masuk akal bernilai 157 juta pounds atau dianggarkan lebih dari RM 867 juta.

Pada musim panas 2009, Ronaldo secara rasmi meninggalkan Old Trafford untuk ke Santiago Bernabeu dengan bayaran 80 juta pounds (RM 500 juta).

Sejak dari Sir Alex Ferguson ke David Moyes dan Louis van Gaal, Red Devils sering menyebut ingin mengembalikan kapten pasukan Portugal itu.

Musim panas lalu, Man United telah melakukan menghampiri kubu Madrid.  Namun, terpaksa berundur kerana mereka harus mengeluarkan hampir 150 juta pounds (RM 826 juta).

Namun, menurut laporan Portugal A Bola, Man United masih tidak berputus asa dan serius untuk mendapatkan kembali Ronaldo. Malah, juara Liga Eropah tahun 2016-2017 itu juga dikatakan sedang mengumpul wang untuk mendapatkan penyerang berusia 32 tahun tersebut.

Dalam usaha itu, Man United akan diketuai oleh pengurus, Jose Mourinho yang juga merupakan kawan kepada Ronaldo.

November lepas, Ronaldo baru sahaja memperbaharui kontraknya bersama Santiago Bernabeu sehingga tahun 2021. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *