Saif Ali Khan Ceraikan Isteri Pertama kerana Tidak Seksi?

Mumbai – Pelakon terkenal Bollywood yang juga suami kepada pelakon jelita Karena Kapoor, Saif Ali Khan mempunyai kisah silam yang kurang menyenangkan.  Ini berkaitan dengan kisah rumah tangga Saif dengan isteri pertamanya, Amrita Singh yang 12 tahun lagi tua darinya.

Mereka berdua telah berkahwin pada tahun 1991 dan memiliki dua orang anak. Namun, pasangan itu telah bercerai pada tahun 2004.

Menurut beberapa sumber, penceraian Saif dengan Amrita adalah disebabkan oleh kecurangan Saif sendiri yang ditangkap sedang bercinta dengan model Swiss, Rosa Catalano.  Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan kerana Saif tidak mengaku yang dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Saif kemudiannya berkahwin dengan pelakon jelita Karena Kapoor pada Oktober 2012.  Sejak tahun 2007, Saif telah bercinta dengan Karena yang 10 tahun lagi muda darinya.  Hasil perkahwinan campur agama itu mereka telah dikurniakan seorang anak.

Dalam temubual bersama Filmibeat.com, Saif mengatakan alasan sebenar mengenai tujuannya curang sehingga bercerai dengan isteri pertamanya, Amrita.  Alasan Saif itu ternyata sangat mengejutkan.

“Saya menasihati kaum lelaki supaya berkahwin dengan wanita yang lebih muda.  Ini kerana, sangat mudah bila kita berkahwin dengan seseorang yang masih cantik, segar dan memahami kita,” katanya dalam temubual itu.

“Sebaiknya bekahwin dan mempunyai isteri yang seksi dan cantik, Jadi, lelaki tidak akan merasa menyesal dan berkata, ‘Oh, kalaulah aku berkahwin dengan wanita yang lebih cantik dari isteri aku sekarang,’” tambah Saif.

Kenyataan Saif itu telah menerima reaksi negatif dari penguna Internet di India dan seluruh dunia.  Mereka menyatakan kelakuan Saif itu tidak mencerminkan sebagai seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak.

Ramai juga menyatakan bahawa Saif sepatutnya membincangkan hal keluarga dari bercakap mengenai kecantikan dan keseksian isteri kepada khalayak umum.

Saif juga banyak terlibat sebagai produser dalam filem-filemnya.  Kejayaannya dalam industri perfileman Bollywood memang tidak dinafikan.  Saif terkenal di dalam dan juga di luar India. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *