Saifuddin Dedahkan Bantahan Anwar Apabila Mahathir Mahu Jadi Ketua Pakatan

20/06/2017 – Kuasa lebih diutamakan berbanding mengutamakan rakyat. Itulah yang berlaku dalam puak Pakatan Harapan. Perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang yang menganggotai puak Pakatan Harapan, sememangnya tidak boleh disorokkan lagi, malah ianya semakin lama semakin meruncing.

Selepas menyatakan hasrat mahu bergabung dalam puak Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sedang berusaha untuk menguasai puak Pakatan Harapan.

Disebabkan itu tidak mengejutkan apabila Setiausaha Umum PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bantahan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengumumkan penarikan diri Anwar daripada senarai calon perdana menteri puak Pakatan Harapan, bila Mahathir mahu jadi Ketua Pakatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan dari penjara pada Sabtu lepas, Anwar berkata “perbalahan (berkaitan siapa bakal perdana menteri) sangat meletihkan (pembangkang), sedangkan keputusan akhir terletak ditangan pengundi dalam pilihan raya umum”.

Kata Saifuddin, kenyataan Anwar itu sebagai bantahan kepada hasrat bekas mentornya itu untuk mengetuai puak Pakatan Harapan.

Kononnya kerana Anwar tidak mahu isu tentang siapa bakal perdana menteri atau siapa yang akan memegang tampuk utama menjadi fokus utama. Sebaliknya, beliau mahu mementingkan struktur asal (pembangkang) di mana semua adalah setara.

“Anwar tidak mahu isu tentang siapa bakal PM atau siapa yang akan memegang tampuk utama menjadi fokus utama. Beliau mementingkan struktur asal (pembangkang) di mana semua adalah setara,” kata Saifuddin.

Kebelakangan ini, Mahathir didakwa melobi pemimpin tertinggi pembangkang supaya menerima usul menjadikan PPBM sebagai kuasa dominan di dalam puak Pakatan Harapan dan menjadikan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin kedua tertinggi puak Pakatan Harapan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *