‘Saya Geram Sangat Suami Saya Ini Terlampau Pembersih’

19/06/2017 – Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni, selain menjadi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT. “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Dalam rumah tangga kita sering kali mendengar aduan daripada isteri tentang sikap suami yang pengotor. Siapa yang sanggup bertahan dengan sikap pengotor pasangan, perkara ini boleh menjadi pergaduhan dalam rumah tangga. Tetapi, lain pula masalah yang dihadapi oleh wanita ini apabila dia sangat tertekan dengan sikap terlalu pembersih suaminya.

Usia perkahwinan sudah mencecah 4 tahun dan pasangan ini sudah mempunyai seorang cahaya mata. Walaupun dari segi nafkah zahir dan batin semua cukup tetapi isteri masih lagi tertekan kerana sikap terlalu pembersih suami.

“Saya bekerja office hours dan fully breastfeeding memang letih bila sampai rumah saja anak terus tarik nak susu. Kadang-kadang tudung pun tak sempat buka. Suami saya ini rajin tolong buat kerja rumah tapi bab anak memang kurang sikit, alasannya anak tak rapat dengan dia. Cuma yang saya geram sangat suami saya ini terlampau pembersih, saya tahu memang bagus pembersih.”

“Tapi saya letih dengan bebelan dia, sampaikan sehelai rambut saya luruh pun dia nampak. Kadang saya baru masuk dapur mesti dia jeling tengok apa saya buat. Belum sempat buat dia dah pesan nanti jangan lupa kemas balik, lap dinding, sapu dapur. Setiap hari saya dengar benda yang sama, bila saya dah lap dan bersihkan mesti dia pergi bersihkan pula katanya tak bersih.”

“Semua yang buat mesti tak kena di mata dia dan seorang saja yang bersih dan betul. Letih dengar dia membebel dan dia balik rumah terus sapu sampah. Saya baru nak duduk dia dah tegur suruh gantung tudung dan baju, macam lah saya ini tak buat kalau dia tak suruh.”

“Semua benda dalam rumah kena ikut cara dia, sampai nak beli penyapu pun kena ikut yang dia nak. Mainan anak jangan cakap lah baru anak letak tak sampai 2 minit dia dah ambil kemas. Rajin terlampau pengemas terlampau kadang rasa nak hempuk saja kepala dia dengan kuali. Saya saja tahu perangai dia macam mana, kawan-kawan semua cakap suami saya ini romantik. Sebab dengan orang lain memang nampak dia pendiam sangat dan keluarga dia pun tak tahu dia ini jenis kuat bebel.”

“Macam mana saya nak bersabar dengan perangai suami saya yang suka membebel. Saya stress sangat dengar bebelan dia sikit hari lagi dah boleh check in tanjung rambutan,” tulisnya.

Namun begitu, ada netizen merasakan suami wanita ini pembersih kerana penyakit OCD iaitu Obsessive Compulsive Disorder. Seseorang yang terlalu pembersih atau terlalu cerewet. – MissA/UtaraNews.com