Selepas 7 Tahun, Kini Telekom Malaysia Catat Lebih 1 Juta Pelanggan UniFi

Perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia, yang mana dinamakan sebagai UniFi telah diperkenalkan pada 2010 yang lepas, dan kini, selepas lebih 7 tahun sejak pengenalannya, Telekom Malaysia telah pun mencatatkan lebih 1 juta pelanggan UniFi sehingga kini.

Angka ini semestinya sebuah pencapaian yang tinggi untuk Telekom Malaysia, malah membawa internet berkelajuan tinggi ke lebih banyak kawasan seluruh negara.

Buat masa ini, Telekom Malaysia menawarkan pakej UniFi Pro dan Unifi Advance, selain baru-baru ini turut telah hadir dengan pakej UniFi Lite.

Dengan pencapaian lebih 1 juta pelanggan ini, Telekom Malaysia turut mengumumkan penawaran semua saluran HyppTV secara percuma kepada semua pelanggan UniFi dan Streamyx dengan HyppTV bermula daripada 19 Jun hingga 18 Julai ini.

Bagi anda yang mempunyai akses kepada HyppTV, mungkin boleh menikmati sejumlah kandungan menarik yang disediakan melalui perkhidmatan penstriman televisyen berkenaan untuk tempoh sebulan ini. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *