Seminggu Perkahwinan Dapat Tahu Suami Ada Skandal Sampai Terbunting Lagi

20/06/2017 – Kehidupan berumah tangga ini bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah. Tetapi, perkahwinan ini juga mengajar kita untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan nikmat Allah. Untuk kekalkan rumah tangga bahagia itu bukan mudah pelbagai onak dan duri yang perlu dilalui.

Kalau pasangan tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda pasti akan berlaku penceraian. Perkongsian wanita ini yang sudah lima tahun berkahwin tentang tip perkahwinan untuk rumah tangga kekal bahagia. Sepanjang berkahwin dia telah diuji oleh perkara yang paling ditakuti oleh semua isteri, apabila baru seminggu berkahwin mendapat tahu suaminya ada skandal sampai terbunting.

“Aku HY, dah kahwin, sekarang umur lewat 20an dan sudah ada anak. Apa yang aku nak kongsikan hari ini ialah apa yang aku belajar selama 5 tahun aku kahwin ni dan hasil pemerhatian aku pada orang lain. Walaupun baru 5 tahun tapi nak sampai ke tahap ini pun punyalah susah.”

“Pertama, rendahkan expectation anda pada pasangan. Kebanyakan pasangan yang sudah nak kahwin membayangkan kehidupan lepas kahwin itu sangat indah seperti honeymoon, dapat baby, kerja, balik kerja isteri masak, suami balik kerja isteri sambut, beli rumah, dan hidup bersama sehingga tua. Bila dah berangan terlalu hebat tapi tak dapat apa yang diharapkan pasti nanti akan rasa hampa.”

“Kedua, sebelum kahwin dengan selepas kahwin sangat-sangat berbeza. Bercinta seribu tahun pun tetap takkan sama dengan setahun kahwin. Lepas kahwin kau umpama mengenali seorang insan yang lain. Masa ini lah kau baru tahu isteri kau itu jenis kentut bersepah. Suami pula jenis tak nak makan lauk semalam.”

“Ketiga, bersyukur apa adanya. Jangan suka membandingkan. Bersyukurlah dengan apa yang ada atau pasangan sediakan. Tak perlulah bandingkan nikmat orang lain dengan kau. Ini bila tengok instagram kawan kau honeymoon ke Europe, kau mulalah nak touching dengan suami kau yang cuma bawa kau ke Air Papan, Mersing.”

“Keempat, elakkan tinggal bersama mertua. Ini berdasarkan pengalaman kawan rapat aku. Dia ikut suaminya pindah ke Pahang dan menetap dengan keluarga mertuanya. Ibubapa mertuanya okay, tapi adik-adik ipar yang selalu bikin onar.”

“Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan kalau nak tinggal bersama mertua. Bab auratnya, siapa lagi yang tinggal sebumbung nanti, macam-macam lagi. Apapun mungkin setiap pasangan yang hidup serumah dengan mertua punya alasan kukuh masing-masing. Yang dapat aku nasihatkan untuk mereka yang belum mampu untuk menyewa rumah sendiri, berusahalah bersungguh-sungguh untuk tinggal tidak tinggal bersama mertua.”

“Keempat, sabar, sabar, dan sabar. Nak bersabar itu teramatlah susah. Tapi ini lah yang paling penting, kunci paling utama dalam rumah tangga, memang kena banyak sangat bersabar. Aku bagi contoh apa yang aku alami dulu, aku tak pernah sangka Allah akan uji kami dengan masalah orang ketiga seawal seminggu perkahwinan. Inai di jari pun tak hilang lagi dapat tahu suami ada skandal siap terbunting lagi. Tapi Allah Maha Besar, kandungan tak menjadi dan gugur. Katakan masa itu aku tak sabar, suami tak sabar, mungkin setakat beberapa minggu atau bulan saja usia perkahwinan kami.”

“Cukuplah dulu 5 pengajaran ini, nama pun baru 5 tahun kahwin. Kalau dah kahwin 10 tahun aku bagi 10 pengajaran pula. Perkahwinan ini umpama Amazing Race,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *