Seorang Bapa Bertemu Anak Perempuan yang Tidak Diketahui Wujud

Washington – Hari Bapa yang lalu merupakan hari bapa yang paling gembira dan bermakna buat seorang lelaki bernama Al Annunziata, 63 tahun, yang bertemu dengan anak perempuan yang dia sendiri tidak tahu wujud. Annunziata dan Jyll Justamond, 40 tahun, berjumpa buat pertama kali pada 11 Jun.

“I’m never going to let you go, ever,” itu yang dikatakan oleh Annunziata kepada anak perempuannya dipertemuan yang penuh emosi itu.  Justamond of Littleton, Colorado berkata dia menjumpai Annunziata selepas mengesannya di Facebook pada hari jadinya yang ke-40 dia pada 3 April lalu.

Setahun selepas mengetahui orang yang menjaganya selama ini sebenarnya adalah datuk dan neneknya, dia mula mencari ayah kandungnya.  Menurut Justamond, “Sewaktu berumur 18 tahun ibu kandung saya melahirkan saya dan atas apa alasan, dia merasakan tidak berkemampuan atau cukup umur untuk membesarkan saya.”

“Dia telah meminta ayah tirinya (datuk) juga emaknya (nenek) untuk membesarkan saya dan saya sendiri tidak tahu yang saya bukan anak mereka. Semasa berusia 10 tahun, baru saya tahu orang yang saya ingat kakak tiri itu sebenarnya adalah ibu saya.”

Justamond mengatakan dia ada bertanya kepada ibu kandungnya mengenai ayahnya.

Ibu memberitahu, “Ia mungkin seorang lelaki bernama Al. Sewaktu saya berjumpa dia, dia adalah pelayan di sebuah bar bernama Neary’s dan ia merupakan ‘one-night stand’.
Nama pertama dan nama bar dia berkerja itu sahaja yang saya ada. Dan, dia juga orang Itali.”

Pada bulan April, Justamond telah post di Facebook khusus kepada penduduk Palisades Park, New Jersey, dimana bar Neary’s berada pada tahun 1970.  Salah seorang pengguna menyuruh dia untuk bercakap dengan bekas pemilik bar itu, Don Neary.

Justamond bertanya, “Saya tahu ini adalah gila, tapi adakah anda mengenali seorang lelaki bernama Al yang berkerja pada tahun 1976, 1977?”
Lelaki tersebut menjawab, “Oh, anda maksudkan Al Annunziata.”

Justamond kemudian mencari dan mendekati Annunziata melalui Facebook.  Pada 24 April, mereka telah bertukar masej melalui Facebook.  Annunziata juga telah membuat ujian paterniti dan hasilnya adalah 99.9966 kemungkinan dia merupakan bapa kandung kepada Justamond.

Annunziata menyatakan bahawa dia dan anak perempuannya mempunyai banyak persamaan dan mereka juga sudah rapat.  Kini, pasangan ayah dan anak perempuan itu telah merancang untuk menghabiskan Krismas bersama di Las Vegas, dimana Justamond juga akan bertemu dengan ibu saudaranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *