Seorang Ibu Memukul, Menggigit dan Mencekik Anaknya di California

California – Seorang wanita Ferndale, Kimberly Felder, 45 tahun, telah ditahan semalam selepas dilihat menarik, menggigit, dan mencekik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dalam cubaanya melakukan ritual menghalau hantu di pantai Humboldt County.

Pejabat Sheriff Humboldt County menerima panggilan pada jam 9 pagi mengenai seorang ibu memukul anaknya di pantai Centerville berdekatan Ferndale.

Menurut Pejabat Sheriff, pemanggil itu berkata ibu itu cuba melakukan ritual menghalau hantu.

Dia telah membogelkan kanak-kanak itu dan telah memasukkan segenggam pasir ke dalam mata dan mulut kanak-kanak itu.  Felder menyatakan bahawa dia cuba untuk membuang syaitan dari anaknya.

Serangan itu telah disaksikan oleh 10 hingga 12 orang awam.  Penduduk tempatan, John Marciel cuba untuk menghalang Felder. Dia telah bergumpal dengan Felder di atas tanah kerana Felder berterusan menyerang kanak-kanak itu dengan memukul kepalanya menggunakan kayu yang hanyut.

Tidak lama itu Timbalan Sheriff tiba, lalu menarik Felder jauh dari kanak-kanak itu dan menggarinya.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan termasuklah kerosakan teruk pada telinga.

Felder telah dimasukkan ke Humboldt County Correctional Facility kerana disyaki cuba melakukan pembunuhan, melakukan serangan mengunakan senjata berbahaya, penderaan kanak-kanak, dan keganasan terlampau.

Pejabat Sheriff memberi pujian kepada Marciel kerana campur tangan, dan menyatakan beliau mungkin telah menghalang kanak-kanak itu dari dibunuh.

Selain itu, pejabat Sheriff juga meminta Marciel diiktiraf dengan anugerah Red Cross Life Saving atas tindakan beraninya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *