Sikap Wanita Yang Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari

19/06/2017 – Semua orang sedar dan faham bahawa lelaki punya nafsu dan nafsu lelaki ini pula sangat mudah teransang dengan sesuatu yang menjolok mata. Walau hanya satu tapi nafsu mereka yang satu ini fokusnya lebih terarah kepada nafsu seksual.

Di media masa sama ada tempatan mahupun antarabangsa, kita sering dipaparkan dengan berita yang menakutkan mengenai kisah haruan makan anak, kejadian rogol atau pencabulan antara guru dengan anak muridnya sendiri, golongan remaja pula yang semakin terjerumus ke dalam aktiviti pergaulan bebas sehingga berani melakukan hubungan terlarang, dan banyak lagi.

Perkara ini tanpa disedari berlaku ada kalanya kerana sikap wanita itu sendiri, sememang sikap wanita mampu mencabar nafsu lelaki. Malah, lebih mengejutkan perkara ini dilakukan oleh ramai wanita tanpa sedar. Elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, dan sempurna penutupan aurat kita sebenarnya masih boleh menggoda lelaki. Ini antara sikap yang boleh mencabar nafsu lelaki.

Pertama, tunduk. Tunduk pun salah? Tunduk yang dimaksudkan bukan menundukkan pandangan. Tetapi tunduk bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda itu. Tanpa disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Bentuk punggung wanita yang jelas kelihatan semasa tunduk boleh mencabar nafsu seorang lelaki.

Kedua, lirikan mata. Walaupun nampak remeh sebenarnya ia juga mencetuskan nafsu lelaki. Lirikan mata wanita seperti menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

Ketiga, lenggok badan. Lenggok badan ketika wanita berjalan juga boleh membuat nafsu lelaki tercabar. Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk. Bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi. Itu menunjukkan lenggok badan wanita ketika berjalan juga sebenarnya menarik perhatian lelaki.

Keempat, mencabar nafsu lelaki dengan senyuman. Pernah dengar tentang ‘dari mata turun ke hati’? Perkara ini memang betul-betul berlaku. Tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Setiap bahagian tubuh wanita memang menjadi perhatian lelaki terutama sekali bahagian bibir.

Bibir menjadi bahagian menggoda lelaki bukan bermakna tidak boleh senyum tetapi senyum dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Oleh itu, kepada kaum wanita setiap kali melakukan aktiviti di luar rumah cubalah elakkan perkara-perkara yang boleh mencabar nafsu lelaki. Walaupun perkara itu nampak remeh tetapi ia mampu menggoda lelaki ajnabi. Kita perbaiki cara berpakaian dan sikap atau gaya tubuh demi cinta kita terhadap Allah SWT dan elakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada diri. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *