Suami Isteri Kantoi Tak Puasa, Selamba Makan Didepan Orang Ramai

Amat mengejutkan apabila kecoh di media sosial apabila sepasang suami isteri yang beragama Islam kelihatan sedang makan di sebuah restoran pada waktu tengah hari sedangkan seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Gambar pasangan tersebut yang sedang makan di restoran tersebut telah di viralkan di media sosial oleh kerana sikap mereka yang dengan selambanya makan tanpa menghiraukan orang di sekeliling mereka.

Kejadian tersebut dikatakan di rakamkan di Restoran The Chicken Rice Shop di Mydin Jalan Bukit Baru, Bukit Mertajam pada jam 1.30 tengah hari semalam.

Pada mulanya lelaki tersebut mengatakan bahawa dia memesan makanan tersebut adalah untuk isterinya tetapi ketika kami menghantar makanan yang dipesan lain pula yang jadinya apabila lelaki itu pula yang memakan makanan tersebut.

“Krew kami ada menegur lelaki tersebut secara baik-baik dengan mengatakan tidak elok jika orang Islam makan di sini pada bulan puasa dan kalau nak makan pun tunggulah sampai waktu berbuka nanti”.

“Lelaki tersebut bukannya mendengar teguran kami malah krew kami yang dimarahinya balik, ‘Lantaklah kami nak makan dekat mana pun sebab kami bayar duit lagipun kubur masing-masing’, kata lelaki tersebut.

Menurut pengadu yang memuat naik kejadian tersebut, pasangan itu langsung tidak merasa malu dengan perbuatan mereka walaupun ketika itu ramai orang yang lalu-lalang di situ melihat mereka dan perbuatan mereka itu langsung tidak menghormati bulan puasa ini.

Orang macam ini memang tak faham bahasa dan kalau Jabatan Agama Islam datang sekali pun yang kena saman pihak restoran RM 5,000 seorang sebab membenarkan orang Islam makan dalam premis secara terbuka.

Seorang kakitangan Mydin, Nur Aleeya telah mengesahkan bahawa kejadian tersebut sememangnya berlaku di premis berkenaan semalam, beliau berkata bahawa di bekerja di Mydin yang berdekatan premis terbabit dan mengatakan gambar yang di ambil tersebut berlaku ketika tengah hari tadi.

“Saya pun ada terlihat pasangan terbabit yang dengan selambanya makan di situ”, Katanya lagi.

Seorang individu bernama Jaraful Warner juga turut meluahkan pendapatnya yang beranggapan bahawa seharus pihak restoran bertindak lebih bijak untuk menangani kejadian seperti ini.

Jaraful berkata walaupun pesanan tersebut dibuat untuk wanita tersebut sekalipun sepatutnya pihak restoran membungkuskan sahaja makanan tersebut untuk mereka kerana dah terang-terang mereka itu orang islam dan bukannya membenarkan mereka makan dalam restoran.

Kejadian seperti ini tidak akan berlaku kalau krew restoran tersebut tidak melayankan saja pesanan mereka kerana walaupun wanita ada hari-hari yang tidak membenarkannya berpuasa akan tetapi itu bukanlah lesen baginya untuk makan di tempat terbuka dengan sewenag-wenangnya.

Jadi sama-samalah kita menghormati bulan yang mulia ini. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *