Syed Saddiq terharu dan berterima kasih kepada Raja Petra

Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman terharu dengan dakwaan penulis blog, Raja Perta Kamaruddin yang mendakwanya bersama Tun Mahathir dan Tun Daim terlibat dalam konspirasi yang sedang dijalankan oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat.
Saddiq yang pernah dilabel dengan pelbagai gelaran oleh beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, merasakan dakwaan Raja Petra tersebut mengangkat beliau seperti seseorang yang sangat berpengaruh.
“Saya sangat terharu dengan tulisan Raja Petra sebenarnya, kerana secara tidak langsung telah mengatakan yang saya ini seseorang yang sangat berpengaruh.
“Ini kerana, sebelum ini saya telah dilabel sebagai budak hingusan, tidak matang, gila dan bodoh oleh pihak UMNO namun, tidak saya sangka saya mampu mengawal Department of Justice Amerika Syarikat (DOJ),”  katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Saddiq, kenyataan Raja Petra tersebut bersifat dangkal kerana Clinton Foundation merupakan satu badan yang tidak berpengaruh di Amerika berikutan kekalahan Hilarry Clinton kepada Donald Trump pada pilihan raya baru-baru ini.
Justeru, tambahnya, adalah mustahil bagi Clinton untuk mengawal Ketua Hakim Amerika Syarikat, Sally Yates yang juga dilantik oleh musuh politiknya, iaitu Trump.
Raja Petra dalam tulisannya sebelum ini mendakwa, Tun Mahathir dan Tun Daim mengetahui lebih awal berkenaan laporan berbentuk serangan DoJ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Untuk perkara tersebut, sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan, menurut laporan Raja Petra itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *