Tokong Penang Buat Kerja Gila Sebab Exco Lain Tak Boleh Diharap

08/06/2017 – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus dikritik dan dikecam ekoran kerakusan Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP bolot semua jawatan penting dalam pentadbiran negeri. Inilah sikap orang tamak, semua benda dia mahu.

Percaya atau tidak? Tertuduh kes rasuah di Pulau Pinang ini memegang 22 jawatan dalam negeri menjadi bukti betapa tamaknya Setiausaha Agung DAP itu.

Ini senarai bilangan jawatan yang kini dipegang oleh Guang Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP, termasuk sebagai Ahli Parlimen DAP-Bagan dan ADUN Air Putih. Beliau juga merupakan Pengerusi kepada 12 syarikat GLC.

Ia adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Invest-In Pulau Pinang.

Selain itu, Guan Eng juga merupakan Pengerusi kepada Penang Science Cluster, Penang Stem Sdn Bhd, Penang Future Foundation, Lembaga Pengarah Penang Institute, PYDC Strategics Sdn Bhd, Penang Tech Centre Berhad dan PGC Strategics Berhad.

Jadi, memang patutlah apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan Guan Eng cuba menjadi ‘one man show’ dan gila kuasa dengan menyandang banyak jawatan dalam satu-satu masa di negeri itu.

“Benda ni nampak sangatlah dia nak jadi ‘one man show’, tapi kalau kita kata dia tidak mahu mengaku, ini bukti dia nak jadi ‘one man show’.

“Gila kuasa, melalui jawatan tu dia pegang kuasa, jadi dia gila kuasa,” kata Jahara.

Jahara berkata, Guan Eng sepatutnya melantik mana-mana exco kerajaan negeri yang mampu memegang jawatan tertinggi tersebut dan bukannya memonopoli kebanyakan jawatan penting di dalam negeri itu.

“Padahal tidak semestinya dia pegang semua itu, dia boleh lantik mana-mana exco lain, TKM (Timbalan Ketua Menteri) ada, dia ada dua TKM, ada exco ramai pun yang boleh mempengerusikan, yang besar-besar tu dia nak pegang PBA (Perbadanan Bekalan Air) tu boleh lah, yang lain-lain tu kena percayalah orang-orang dia,” kata ADUN Telok Ayer Tawar itu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *