Tom Hardy Tolak Tawaran Berlakon dalam Filem Aladdin

Los Angeles – Guy Ritchie dikatakan sedang sibuk mencari pelakon untuk filem ‘remake’ Aladdin dan dia telah memilih Tom Hardy untuk melakonkan watak Jaffar dalam filem Disney itu.

Penolakan Hardy timbul selepas berita pengambilanya menimbulkan kontroversi apabila ramai orang menentang pemilihan Hardy sebagai Jaffar dalam filem itu.

Bukan kerana meragukan kemampuan Hardy untuk berlakon tetapi ia adalah disebabkan oleh Hardy yang mempunyai kulit putih sedangkan watak Jaffar dalam filem itu adalah seorang yang berketurunan Arab.

Menurut Mirror, jurucakap Hardy telah membuat bantahan rasmi kepada gosip tersebut.  Dia juga menyatakan bahawa Hardy tidak akan melakonkan watak Jaffar dan jadualnya juga sudah penuh dengan aktiviti lain.

Gosip ini bermula apabila satu sumber menyatakan bahawa Ritchie sangat menyukai Hardy dan lakonannya.  Disebabkan itu, pengarah King Arthur itu ingin mengambil Hardy ke dalam filem Aladdin.

Sumber itu juga menyatakan, “Ritchie merupakan seorang peminat kepada hasi kerja Hardy dan mendapatkan Hardy akan menjadi kejayaan yang besar.  Sudah berbincang walaupun tiada apa yang dipersetujui namun semuanya boleh berubah. Hardy adalah salah satu pilihan utama Ritchie.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *