Tom Holland Mengesahkan Spider-Man Versi Baru adalah Trilogi

Los Angeles – Pelakon Hollywood, Tom Holland secara tidak sengaja telah mendedahkan informasi terbaru mengenai filem Spider-Man yang sebenarnya adalah sebuah filem trilogy Spider-Man yang baru.

Dalam temubual bersama Allocine, Tom menyatakan, “Masih ada banyak ruang untuk melihat Peter Parker dan Spider-Man berkembang dalam dua filem yang akan datang.”

Sewaktu ditanya adakah dia tidak sengaja membocorkan informasi itu, Holland menjelaskan, “Ya, akan ada Spider-Man: Homecoming 2 & 3… Sekarang anda sudah tahu, maaf, Marvel.  Oops.”

Sekuel Spider-Man juga berkemungkinan tidak akan bertajuk Homecoming 2 dan 3.

Tambah Tom, “Spider-Man tidak akan berakhir pada Spider-Man: Homecoming dan aku sangat teruja untuk meneroka pelbagai cara agar Peter Parker boleh hidup dan melepasi masa remajanya.

Tom Holland telah menandatangani kontrak enam filem bersama Sony.  Namun, Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Sementara itu, filem Spider-Man:  Homecoming menceritakan kisah bagaimana Parker mendapatkan kuasanya, seperti yang pernah diketengahkan dalam filem Spider-Man yang sebelumnya.

Selepas Captain America:  Civil War, Spider-Man telah kembali ke aktiviti rutinnya.  Namun, dia terganggu dengan pemikiran mahu membuktikan dirinya adalah seorang ‘superhero’.

Pada masa yang sama, muncul seorang penjahat bernama Vulture yang telah mengugut orang-orang yang Parker sayangi.

Filem ini juga dibintangi oleh Marisa Tomei, Jacob Batalon, Robert Downey Jr dan Zendaya.  Spider-Man:  Homecoming akan ditayangkan pada 7 Julai 2017. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *