Tuduhan DoJ Terhadap 1MDB Hanyalah Sekadar Propaganda Pakatan

19/06/2017 – Propaganda puak Pakatan Harapan disifatkan sama seperti propaganda komunis. Ini dapat dilihat salah satu daripada mesej propaganda utama komunis adalah untuk memberikan gambaran tentang pihak lawan sebagai sangat teruk dan korup semasa mereka berjuang untuk rakyat.

Dan untuk memastikan propaganda itu berkesan, mereka akan mengulangi mesej yang sama berulang-ulang kali sehingga ia diterima sebagai realiti. Tetapi realitinya adalah, objektif utama Pakatan adalah hanya untuk membuatkan diri mereka berkuasa dan memperkayakan diri mereka.

Dalam masa sama, tindakan mereka itu untuk mengkaburi kelemahan diri sendiri. Ini kerana kemelut dalam puak pembangkang ini tidak mampu dibendung lagi. Perebutan jawatan Perdana Menteri antara pemimpin dalaman Pakatan dan ahli hilang keyakinan terhadap parti terus memerangkap diri mereka.

Jadi, tidak mengejutkanlah apabila puak Pakatan Harapan terpaksa jadi bengong mengikut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengulangi skrip setahun lepas dengan memainkan semula saman sivil yang dibawa oleh DOJ.

Ini dapat dilihat apabila mahkamah Amerika Syarikat beberapa hari lepas telah memfailkan satu petisyen untuk membekukan hasil lukisan Picasso, Kondominium Mewah di Manhattan dan hakcipta filem ‘Dumb and Dumber To’ sebagai salah satu hasil siasatan mereka atas penggubahan wang haram..

Seperti kebiasaan BBC News, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) telah mendakwa lebih USD 4.5 billion telah dicuri dari 1MDB oleh mereka yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia dan sekutu-sekutunya.

Lebih jeliknya apabila bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mempercayainya. Wahal beliau sebelum ini amat mementingkan dasar pandang ke timur dan tidak berkenan dengan USA dalam banyak isu. Namun kini, sebaliknya.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meluahkan rasa amat kesal dengan tindakan DOJ kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) langsung tidak dimaklumkan oleh DOJ dan menganggap ia sebagai tindakan recycle sempena ulang tahun pertama tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016 lalu.

Bagi yang tidak mengetahui, di sini dikongsikan info yang tidak dilaporkan DOJ yang mana Skandal 1MDB telah menjalankan siasatan sekurang-kurangnya lima negara termasuk Singapura, Hong Kong dan Switzerland tetapi tiada mana-mana individu samaada pengurus tertinggi atau kakitangan 1MDB yang telah dihadapkan ke mahkamah.

Oleh itu, DOJ disifatkan hanya bermain sandiwara kononnya MO1 terlibat tetapi tidak pula berani menuduh secara terang-terangan individu yang terlibat. Tidak usahlah menyanjung tinggi DOJ ini. Mereka bukanlah insititusi yang wajar dicontohi.

Jika diimbas kembali awal tahun ini, Presiden Amerika Donald Trump telah memecat pemangku Peguam Negara selepas beliau mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman supaya tidak mempertahankan perintah eksekutif kontroversinya berkaitan pelarian.

Nampak? Pemimpin mereka sendiri pecat individu dalam DOJ kerana tidak menjaga kredibiliti, inikan kita pula mahu mengguna pakai info dari mereka. Isu melibatkan DOJ dan 1MDB ini hanyalah mainan spekulasi.

Ini kerana selain 5 negara telah membuktikan tiada sebarang kesalahan jenayah dalam tuduhan ini. Malaysia juga ada menjalankan siasatan peringkat negara. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara (JAN) juga pernah menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan hasilnya tiada yang dianggap bersalah.

“Kami dapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pembagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB,” kata Peguam Negara.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan DOJ dan hasil siasatan telah membuktikan bahawa PM kita memang tidak bersalah.

Kesimpulannya, tuduhan DOJ ini hanyalah seperti “Kisah dongeng Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September”. Dakwaan DOJ ini tidak perlu diambil serius sangat. Ini kerana segala tuduhan mereka langsung tiada bukti.

Kerajaan Melaysia akan memberi segala kerjasama dalam apa jua siasatan mengikut undang-undang dalam isu 1MDB. Ini menunjukkan betapa gentlemannya kerajaan kita bukan seperti DOJ dan pakatan pembangkang yang sering membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang jelas. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *