Twitter Telah Memperkenalkan Rekabentuk Dan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Mereka

Twitter hari ini mengumumkan kemaskini pada aplikasi dan web mereka, dimana Twitter akan mula memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru untuk aplikasi mudah-alih dan juga web secara berperingkat bermula hari ini.

Melalui perubahan baru ini, kesemua penawaran rasmi Twitter akan selari dari segi rekabentuk dan ciri-cirinya, termasuk integrasi panel tepi pada aplikasi mudah-alih untuk navigasi menu.

Twitter juga kini menggunakan muka-taip yang lebih konsisten, serta penggunaan gambar profil dalam bentuk bulat – serta ikon-ikon yang selari dengannya.

Bagi anda yang sering menggunakan Twitter, anda akan dapat melihat perubahan pada antaramuka ini diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada hari ini. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *