[VIDEO] Iklan Raya MARA Mampu Buat Orang Ramai Insaf

Jika iklan raya TNB berjaya mencuri perhatian dengan elemen lucu, iklan raya Mara pula mengetengahkan tema kekeluargaan yang mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Menampilkan lakonan hebat pelakon gred A seperti Faizal Hussein, Umie Aida, Fauziah Dato Ahmad Daud, Que Haidar, Harun Hashim dan Wan Hanafi Su, mesej yang cuba disampaikan begitu memberikan kesan lebih-lebih lagi membabitkan babak anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa buat selama-lamanya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen, mereka berasa tersentuh dengan iklan tersebut malah ada juga yang bertanyakan akan adakah sequel iklan yang sama pada tahun depan.

Mawar Natasha menulis, “Dalam byk2 iklan raya , yg ni plg teruk nangis 😂😂 . Sedih woo . Sesape balik raya jauh tu hati2 di perjalanan , ingtlah dkt ahli keluarga tersyg 😭.

“Tersentuh hati.. iklan ada sambungan raya thn dpn lak ke?,” tulis Edie Hisyam Kencho.

Jamal Tommy pula mengakui menangis menonton iklan Mara ini, “Aku pun nangis jugak…huhuuuuuuu….” – mnh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *