Wanita Ini Menyesal Melihat Lelaki Yang Sanggup Menunggunya Selama Lima Tahun Sudah Berkahwin

20/06/2017 – Biasanya lumrah manusia bila ada yang mengejar kita, kita akan memandang rendah pada orang itu dan jual mahal. Melayan seseorang itu seperti acuh tak acuh dan merasakan hati dan perasaan bukan untuk dia. Hargailah orang yang sanggup menunggu bertahun-tahun dan janganlah menyesal di kemudian hari kerana sikap acuh tak acuh anda itu pada dia.

Itulah yang berlaku pada wanita ini, selama hampir lima tahun seorang lelaki sanggup menunggunya. Akhirnya lelaki ini mengambil keputusan untuk mengundur diri dan berkahwin dengan wanita lain. Saat menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu, barulah wanita ini sedar dia berasa cemburu melihat kebahagiaan lelaki itu. Hargailah orang yang sayangkan anda, jangan kerana dia sanggup menunggu lama, anda membiarkan dia terus menunggu dan merasakan dia akan tetap setia menunggu anda.

“Hari ini ada kawan yang menangis menceritakan ada lelaki yang sudah berkenan mengejar dirinya sudah lama, lelaki yang pernah buat dia terharu dan tersentuh, hari ini berkahwin. Mendengar khabar seperti itu tiba-tiba, aku juga tidak tahu bagaimana menghibur hatinya.”

“Tadi aku datang ke majlis resepsinya. Pengantinnya cantik sekali. Lebih cantik daripada aku. Semua tetamu yang datang ramai terpegun. Dia juga kacak, berdiri di atas pelamin. Aku sama sekali tidak pernah sedar jika dia sehensem seperti itu.”

“Aku ingat aku tidak pernah ada rasa cinta dengan dia. Aku mengira tidak peduli aku cinta padanya atau tidak, dia akan terus berada di sisiku. Aku mengira dia akan selalu jadi milikku. Terpulang kepada aku atau tidak.”

“Tapi, selepas melihat dia bersama pengantin bertukar cincin, hatiku rasa sakit sekali. Entah kenapa air mataku mengalir keluar. Selepas mereka berciuman, aku tidak sanggup melihat.”

“Pada masa itu aku baru sedar, yang paling menyakitkan bukanlah orang yang kau cintai tidak mencintai, tetapi orang yang bertahun-tahun mencintai, tiba-tiba berubah dan meninggalkan kita untuk bersama orang lain.”

“Apabila melihat orang yang mencintai dan akan selalu menunggu itu memakai cincin ke jari orang lain, boleh dengar suara hati pecah.” jelasnya.

Jika dahulu lelaki itu sanggup menelefon wanita ini dari kem tentera. Ketika di kem tentera telefon tidak dibenarkan dibawa masuk. Lelaki itu sanggup berjalan jauh mencari telefon awam hanya untuk menelefon wanita itu. Setiap kali menelefon, jawapan balas dari wanita itu seperti acuh tak acuh.

Apabila lelaki itu sudah berkahwin barulah dia sedar dan berasa cemburu apabila melihat lelaki itu bersama perempuan lain, hatinya merasa begitu sakit.

Tetapi ingatlah semua orang hanya manusia biasa. Kalau sudah bertahun-tahun berusaha sekuat tenaga mendapatkan hati seseorang namun tiada hasilnya. Dia tidak akan terus menunggu dan akan mula mengalah pergi.

Hargailah orang yang anda tahu dalam diam menaruh perasaan pada anda. Jangan melukai atau melihatnya dengan sebelah mata, kerana suatu hari ketika dia benar-benar pergi, anda akan sedar bahawa yang meninggalkan bukanlah dia, tapi anda sendiri. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *