10 Rutin Harian Yang Dilakukan Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak

17/07/2017 – Mungkin kita pernah dengar ada seseorang itu secara tiba-tiba terkena masalah saraf dan tidak kurang juga yang meninggal kerana pembekuan darah di otak. Lebih mengejutkan orang yang mati kerana masalah otak ini dilihat seorang yang sihat tubuh badan.

Tidak bermakna sihat tubuh badan dan tidak pernah mengalami sakit menunjukkan anda tidak akan mendapat penyakit kerosakkan otak. Kerosakkan otak bukan sahaja boleh terjadi disebabkan trauma saat kemalangan pada bagian otak yang kuat atau disebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

Namun, sebenarnya aktiviti seharian yang kita lakukan juga boleh menyebabkan kerosakkan otak jika dilakukan dalam jangka waktu yang lama. Ini antara tabiat buruk yang boleh menyebabkan kerosakkan otak, kebanyakkan semua tabiat buruk ini merupakan rutin harian dalam hidup kita.

Pertama, tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Kedua, terlebih makan. Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

Ketiga, merokok. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

Keempat, penggunaan gula yang berlebihan. Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Kelima, pencemaran udara. Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Keenam, terlebih tidur. Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

Ketujuh, menutup muka ketika tidur. Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

Kelapan, membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat. Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

Kesembilan, kurang berimiginasi. Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Kesepuluh, jarang berfikir. Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh menjadi punca-punca kerosakkan otak. Oleh itu, kita seharusnya mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu sebelum terkena. Sebagai Islam, Al-Quran merupakan kalimah-kalimah ALLAH s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *