2 Kanak-kanak Di Perak Sah Tiada Rabies

IPOH – Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lepas disahkan tidak mempunyai tanda dijangkiti rabies atau penyakit anjing gila.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun itu disahkan sihat tanpa penyakit berkaitan penyakit berkenaan.

“Kedua-duanya sihat, jangkitan anjing telah sembuh. Kedua-duanya tidak ada tanda sakit. Kanak-kanak itu akan dipantau hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saraani Mohamad berkata, Jabatan Kesihatan negeri perlu bersiap siaga menangani kes berkenaan.

“Jika perkara itu serius, ambil tindakan sewajarnya supaya tidak membimbangkan rakyat. Kita juga meminta Jabatan Veterinar negeri mengambil tindakan supaya kes itu tidak merebak dan menjadikan orang panik,” katanya selepas perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Lenggong hari ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam hari ini mengeluarkan kenyataan jabatannya melaksanakan pemvaksinan anjing bertuan di Kuala Sepetang, susulan kes rabies berkenaan.

Menurutnya, kes itu dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada 13 Julai lepas yang anjingnya mati selepas 8 hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya. – fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *