3 Perkara Suami Perlu Lakukan jika Mahu Isteri Jadi Surirumah

17/07/2017 – Kebanyakkan suami mahu isteri menjadi surirumah sepenuh masa dari bekerja. Mempunyai isteri yang tidak bekerja dapat menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak-anak dengan lebih teliti. Terutamanya bagi suami yang bekemampuan untuk menanggung segala keperluan.

Tetapi, ramai para isteri yang sudah mempunyai pendidikan tinggi tidak mahu menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Sebelum ini, mereka sudah biasa berdikari dan mempunyai duit sendiri dan terikat dengan pelbagai tuntutan. Memang agak berat bagi isteri jika mahu menjadi surirumah tangga dan akan dipandang negatif oleh orang luar.

Tetapi, Encik Saiful Umairah telah berkongsi 3 tip yang dilakukan olehnya sekiranya mahu isterinya menjadi surirumah tangga sepenuh masa.

Isteri Encik Saiful mempunyai Degree tetapi Saiful lebih mahukan isteri menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak-anak. Walaupun orang ramai melihat satu kerugian kerana mempunyai kelulusan tinggi tetapi tidak bekerja bagi Saiful pula dia mempunyai pandangan berbeza.

“Pertama, menyokong hobi isteri. Isteri saya sangat minat dengan kerja-kerja craft. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan hobi ini saya akan cuba sokong selagi masih dalam kemampuan. Jadi satu bilik dekat rumah, kami telah convert sebagai tempat membuat kerja-kerja craft. Dalam itu ada mesin jahit, died-cut machine dan macam-macam lagi. Kadang-kadang itu ada juga isteri sertai class craft jadi dari situ boleh develop new skills dan jumpa kenalan-kenalan baru. Sebab minat punya pasal dia pun ambil juga order secara kecil-kecilan. Boleh lah dapat duit-duit tepi.

“Kedua, setup bisnes. Selain hobinya, saya push dan support isteri untuk buat business online. Saya setup satu business untuk isteri uruskan. Saya sendiri mencari barang-barang niaga dengan modal yang rendah. Saya sendiri juga explore tentang selok belok perniagaan online. Yang lain isteri uruskan, dari sales sampai ke packing barang dan saya tinggal pos saja. Walaupun buat dalam scale yang kecil kerana terhad dengan commitment lain, hasilnya semakin bagus dari masa ke semasa. Kalau buat lebih sikit gaji lepasan Degree pun boleh dapat. Bolehlah bantu serba sedikit perbelanjaan bulanan.

“Ketiga, ganjaran. Ini tak semestinya benda-benda mahal. Selalunya tentang spend masa, biasa lepas saya balik dari site, meeting atau habis kerja, saya akan tanya isteri nak pergi mana. Selalunya nak pergi cari barang-barang rumah macam barang-barang basah, pergi taman ke atau pergi makan. Balik saja sampai rumah tak ada rehat, terus keluar. Reward ini penting sebab duduk seharian di rumah memang boleh tepu, jadi kena bawa keluar,” tulisnya.

Nasihat Saiful pada suami di luar sana jika mahu isteri menjadi suri rumah sepenuh masa atau mahu isteri berniaga secara online, suami perlu tunjukkan effort dan menyokong isteri. Kerana kunci rezeki itu ada pada isteri dan anak-anak. Jangan berfikir jika isteri berhenti kerja rezeki akan terputus dan kewangan keluarga akan terjejas. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *