4 Perkara yg harus dibuat untuk Kekalkan Rumah Tangga Bahagia

18/07/2017 – Menjalin sebuah rumah tangga yang bahagia bukanlah perkara yang mudah. Banyak masalah rumit yang akan terjadi dalam rumah tangga. Malah, ada juga pasangan yang bercerai hanya kerana perkara remeh. Ingatlah penceraian itu bukan jalan terakhir kerana penceraian itu melibatkan anak-anak dan keluarga masing-masing.

Tetapi, jika inginkan pernikahan yang sakinah, mawadah, warahmah dan terhindar dari penceraian hanya perlukan sikap ‘terbuka’. Apa yang dimasudkan dengan terbuka? Ini antara 4 perkara yang harus terbuka dalam rumah tangga untuk bahagia.

Pertama, terbuka latar belakang keluarga kita. Tidak rasa tenteram sebuah pernikahan ini berpunca dari pasangan yang berbohong tentang keadaan keluarganya. Keluarga di sini adalah melibatkan keluarga yang besar merangkumi ayah, ibu, adik, abang atau kakak.

Ada banyak pertanyaan yang terkadang menjadi punca sebuah pertengkaran ketika pasangan kita merasa pelik mengetahui keadaan keluarga pasangannya setelah bernikah dan mereka itu berasal dari pertalian yang berbeza. Terbukalah jangan merahsiakan keadaan keluarga kita. Contohnya jika ayah dan ibu kita bercerai, ceritakan saja perkara sebenarnya tanpa harus berbohong pada pasangan.

Kedua, terbuka perkara yang kita sukai dan yang kita benci. Satu perkara yang sangat berpotensi menimbulkan masalah dalam sebuah rumah tangga adalah perkara yang disukai dan tidak disukai. Boleh jadi benda yang kita suka merupakan peraka yang dibenci oleh pasangan kita atau sebaliknya.

Alangkah baiknya jika kita berterung terang dengan pasangan sejak awal pernikahan. Setelah memberitahu pasangan masing-masing, barulah cari penyelesaiannya. Contohnya seorang suami kebiasaanya tidur dengan lampu terbuka, sedangkan isterinya hanya boleh tidur dalam keadaan lampu terutup. Hal ini sangat mudah dan bila tidak dibincangkan lama kelamaan boleh menjadi punca penceraian dalam rumah tangga.

Ketiga, terbuka tentang kewangan. Untuk masalah kewangan, saya selalu menegaskan bahawa sejak akad nikah lagi tiada lagi rahsia tentang kewangan dengan pasangan. Pastikan kita mengetahui harta atau wang yang dimiliki pasangan dan mengetahui keluar masuk wang tersebut.

Perkara yang saya amalkan sejak bernikah ini adalah saling mengetahui nombor PIN bank pasangan tidak kita ATM ataupun internet banking. Dari sini pasangan boleh memeriksa keadaan kewangan pasangannya dengan melihat transaksi yang berlaku dalam simpanan mereka. Salah satu konflik rumah tangga berlaku bila suami memberikan wang kepada orang tuanya tanpa pengetahuan isteri atau sebaliknya.

Keempat, terbuka semua masalah yang sedag dihadapi. Setiap orang mempunyai masalah, apabila mempunyai pasangan jangan merahsiakan masalah itu sebaliknya berkongsi masalah itu bersama pasangan hatta sekecil apa pun permasalahan yang dihadapi.

Pastikan bahawa pasangan adalah orang pertama yang menjadi tempat curahan hati kita dan meminta penyelesaian. Jangan sehingaa ada masalah pasangan yang kita tidak tahu dan kita pula tahu dari orang lain.

Itu antara 4 perkara penting supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagian. Jangan berahsia dan terbukalah dengan pasangan. Saat bernikah seperti sudah tidak ada rahsia lagi dengan pasangan. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *