5 cara untuk kenalpasti keihklasan lelaki.

17/07/2017 – Apabila seorang lelaki sudah jatuh cinta dengan kekasihnya dengan ikhlas perubahan sikap lelaki itu dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi lembut. Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk wanita yang dicintai olehnya.

Tetapi, bagaimana pula kita mahu membezakan sama ada lelaki itu benar-benar cintakan kita atau hanya mahu jadikan kita sebagai ‘back-up’. ‘Back-up’ ini bermaksud selain berkawan rapat dengan anda dia juga berkawan rapat dengan wanita lain.

Pertama, lelaki yang menjadikan anda sebagai ‘back-up’ tidak menghubungi anda dalam masa beberapa hari dan menghubungi anda secara tiba-tiba. Lelaki yang tulus mencintai anda akan menghubungi anda secara spontan apabila memikirkan sesuatu perkara.

Kedua, lelaki yang hanya menjadikan anda ‘back-up’ lebih mengutamakan kawan-kawannya. Lelaki yang betul-betul mencintai anda tahu untuk membahagikan masa untuk anda dan kawan-kawan mereka.

Ketiga, lelaki yang hanya menjadikan anda ‘back-up’ apabila dia pergi bercuti tidak akan menghubungi anda. Tetapi, jika lelaki yang tulus mencintai anda sentiasa menghubungi anda untuk mengambil berat tentang anda.

Keempat, lelaki yang akan sentiasa meminta anda tidak ‘mengganggu’ mereka juga tanda hanya menjadikan anda ‘back-up’. Jika dia benar mencintai anda dia akan meluangkan masa mereka untuk berasa gembira apabila anda menghubungi mereka walaupun sedang sibuk.

Kelima, lelaki yang hanya menjadikan anda tempat mereka menyelesaikan masalah mereka sahaja. Jika dia mempunyai sebarang masalah baru dia akan menghubungi anda.

Lelaki yang ikhlas mencintai anda tidak akan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas. Walaupun sibuk dia pasti akan berusaha untuk meluangkan sedikit masa bersama teman istimewanya. Jangan menjadikan diri anda hanya ‘back-up’ jika dia sudah tidak mempunyai sesiapa baru dia mencari anda. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *