6 Rahsia Wanita Korea Kulit Cantik & Kekal Langsing

Wanita Korea memang terkenal dengan kulit wajah flawless dan bentuk badan langsing. Memang cemburu tengok kulit deorang ni. Kalau nak tahu, orang Korea ni sangat menjaga kecantikan dan kesihatan.

Mesti ramai nak tahu rahsia dan cara orang Korea jaga wajah dan badan! Sebenarnya senang sangat nak cantik.

1. MAKANAN TAK BERMINYAK & JUMLAH GARAM MINIMUM

Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.

2. BANYAK MAKAN SAYUR

Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tahu pasal ni, menu makanan mereka biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur.

3. MAKAN SEAWEED

Seaweed dalam makanan Korea wajib ada. Seaweed mengandungi collagen yang sangat bagus untuk kulit. Orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan mereka.

4. TAUHU

Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit.

5. AMALAN MINUM TEH HIJAU

Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

6. SENAMAN MUKA

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. – h

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *