8 Ciri Perbezaan Diantara Mak Ayah Yang Biasa-biasa Atau Mak Ayah Yang Bijak

Zaman yang penuh mencabar ni, nak didik anak-anak tidaklah semudah yang disangka.Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha dan bersedia menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak nanti dengan bijak.

Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.

1.Kebiasaannya, bagi ibu bapa biasa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak itu seharusnya dididik dengan galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.

2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama-sama dengan anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, ibu bapa yang bijak, akan mengambil berat tentang diri anak-anak tetapi pada masa yang sama tetap mempunyai masa, memperuntukan waktu untuk diri sendiri.

3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.

4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.

5.Ibu bapa yang biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesalahan, tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan supaya mereka boleh belajar daripada kesilapan tersebut.

6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.

Sebagai contoh:

Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik. Kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?

Sebagai contoh;

“Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? Kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”

7.Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.

8.Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak. – mw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *