AMK PKR tuduh PAS termakan dedak UMNO di Permatang Pauh

17/7/2017– Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan parti boneka parti rasis dan cauvinis DAP kerana sering mengikut telunjuk parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu.

Jika dilihat, parti di bawah pimpinan Wan Azizah itu sering ikut telunjuk dan mempertahankan parti yang didominasi bangsa Cina itu dalam banyak perkara sehingga ahli sendiri pun tidak dipertahankan bila dibuli parti rasis dan cauvinis DAP.

Sebagai contoh, dalam isu peruntukan ADUN Penanti disekat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, sehingga ahli-ahli akar umbi PKR meluahkan tidak puas hati dan kecewa terhadap pimpinan yang dilihat gagal membela wakil rakyat mereka sebaliknya lebih cenderung mengikut telunjuk DAP.

Kini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pulau Pinang pula semakin menyerlahkan dan membuktikan lagi parti itu sememangnya menjadi boneka parti rasis dan cauvinis DAP. Ini dapat dilihat apabila AMK Pulau Pinang sering menyerang PAS Pulau Pinang dengan alasan PAS menjadi talian hayat kepada Umno-BN.

Walaubagaimanapun, AMK Permatang Pauh diingatkan agar cermat dan matang dalam membuat telahan agar tidak keterlaluan mengaitkan usaha dilakukan PAS sebagai memberi talian hayat Umno-BN untuk mengganggu Parlimen Permatang Pauh.

“Pelancaran Jentera Pilihan Raya adalah sebahagian rutin dalam gerak kerja dan operasi PAS sebagai parti politik. Ia bukan perkara baharu, tetapi menyegarkan semula penyusunan dan keupayaan jentera.

“Apakah AMK tidak sedar atau terlupa bahawa PAS dan PKR sudah tidak mempunyai ikatan kerjasama politik (tahaluf siyasi) bagi menghadapi pilihan raya?

“Mengapa perlu merasa tergugat atau terancam sedangkan AMK juga mempunyai tanggungjawab menggerak dan mengembleng kekuatan sendiri?

“Jangan merasa takut kepada bayang-bayang sendiri dan merasa perolehan kerusi secara persaingan sihat sebagai milik mutlak hingga menghalang hak demokrasi yang ada.

“Sebagai orang muda jangan ditunjukkan sikap lemah tenaga dan skeptikal yang boleh membawa kepada tuduhan melulu,” kata seorang pemerhati politik.

Beliau berkata zahir dan buktikan kemampuan, biar rakyat menilai serta menjadi penentu kerana kita yakin mereka bijak sebagai pemilih demi masa depan.

PAS semalam telah melancarkan jentera pilihan rayanya di kawasan Parlimen paling utama milik PKR – Permatang Pauh, Pulau Pinang. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *