Badang versi ‘Terlajak Sado’ oleh Dato Aliff Syukri dikecam netizen.

Pengasas produk D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menyangkal pemilihannya sebagai pelakon utama filem Badang adalah kerana dia menaja kos penerbitan nashkah arahan Datuk Profeser Dr. A. Razak Mohaideen itu.

Aliff, 30, sebaliknya berkata, dia tidak terlibat dari sebarang urusan produksi malah pada awalnya terkejut apabila ditawarkan peranan dalam filem berkenaan.

“Saya tidak menaja atau terlibat dalam sebarang urusan produksi sebaliknya dibayar untuk membintangi filem itu.

“Pada awalnya saya terkejut juga ditawarkan berlakon malah mengambil masa agak lama juga berfikir sebelum memberikan keputusan.

“Bagaimanapun saya akhirnya bersetuju kerana berlakon memang impian saya dan alang-alang mendapat peluang rasanya tidak salah saya mencuba bagi membuktikan saya ada bakat dalam lakonan,” katanya.

Filem terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Syukri, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

Dia turut mengambil kelas lakonan bagi mempelajari selok-belok teknik lakonan yang betul agar dapat memberikan persembahan terbaik dalam filem itu nanti.

 

“Selain latihan sebelum memasuki set penggambaran saya juga turut mengambil beberapa kelas bagi memantapkan teknik lakonan saya,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff berjanji penampilan sulungnya dalam filem itu akan menjanjikan kelainan dan penonton akan melihat sisinya yang berbeza.

“Apa yang boleh saya katakan menerusi filem ini tidak akan ada perangai ‘gedik’ seperti mana ketika saya promosikan produk saya.

“Saya mengambil serius dengan peluang yang diberikan ini dan berjanji akan memberikan terbaik kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini,” ujarnya.

Namun rata-rata komen oleh netizen di laman sosial mengecam pemilihan Aliff Syukri sebagai hero bagi filem berkenaan. Mereka beranggapan, masih ramai lagi pelakon yang layak berbanding jutawan kosmetik berkenaan untuk memegang watak Badang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *