Banjir dan Tanah Runtuh di Paya Terubong bukti kegagalan DAP jaga kebajikan rakyat.

17/7/2017– Semua sedia maklum, parti rasis dan cauvinis DAP gemar menuduh UMNO-BN mengamalkan rasuah, curi duit rakyat dan penindas rakyat. Hakikat menyedari, tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya terpalit pada batang hidung parti rasis dan cauvinis DAP sendiri.

Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatannya, Lim Guan Eng sebelum ini dengan lantangnya mendakwa kononnya negeri Pulau Pinang akan bertukar menjadi lebih teruk jika Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri daripada puak Pakatan Harapan.

Dakwaan yang dilemparkan Ketua Menteri memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu dilihat sengaja cuba menakut-nakutkan rakyat negeri tersebut kononnya semuanya akan hilang dan musnah jika BN mengambil alih kembali.

Bagaimanapun, dakwaan yang tidak masuk akal itu hanya menempelak balik diri beliau sendiri serta kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP. Guan Eng tidak perlu menakut-nakutkan rakyat Pulau Pinang dengan berkata jika BN kembali jadi kerajaan negeri, semua yang beliau lakukan sejak 2008 akan hilang dan lenyap. Itu tidak tepat.

Saban hari banyak kerosakkan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang didedahkan dan terdedah. Buktinya, kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang terus berulang di negeri Pulau Pinang memperlihatkan kelemahan dan kepincangan ketara dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

PBT khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) disifatkan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai PBT dalam menangani masalah tersebut walaupun mempunyai pakar dalam bidang berkaitan. Itulah yang disifatkan oleh Penasihat Penang Citizen Awareness Chant Group, Yan Lee.

Malah, beliau juga melahirkan rasa bimbang lebih banyak kejadian tanah runtuh dan banjir kilat akan berlaku pada masa depan sekali gus menjejaskan ramai penduduk negeri ini khususnya yang tinggal berhampiran kawasan bukit.

“Penduduk khususnya yang tinggal berhampiran bukit akan terjejas sekiranya tarahan bukit terus dilakukan pihak pemaju untuk pembinaan bangunan yang diluluskan kerajaan negeri.

“Tidak mungkin MBPP hanya berdiam diri dan membiarkan kejadian sama berulang setiap kali hujan lebat. Bagaimana dengan kebajikan dan keselamatan rakyat yang dilihat semakin hari semakin terancam?,” kata Yan Lee.

Dalam kejadian pagi semalam, hujan lebat lebih dua jam bukan sahaja menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan tetapi turut mengakibatkan runtuhan di lereng bukit berhampiran Taman Lau Geok Swee, Paya Terubong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, runtuhan tanah di bukit berhampiran kawasan perumahan tersebut menyebabkan sebuah tokong yang menjadi tempat upacara keagamaan setiap Jumaat tertimbus.

Sementara itu, seorang penduduk di Paya Terubong, Tan Kwee Lim mendakwa kejadian tanah runtuh bukan pertama kali berlaku sebaliknya kerap berulang sejak kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan 47 unit pangsapuri berdekatan kawasan bukit di situ hampir lima tahun lalu.

Menurutnya, pelbagai bantahan dibuat termasuk memfailkan kes tersebut di mahkamah tetapi kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berkeras meneruskan projek itu.

“Bantahan dibuat tetapi tiada siapa peduli dan mahu menyokong kami kerana projek tersebut telah diluluskan kerajaan negeri walaupun keselamatan ratusan penduduk terancam.

“Pokok ditebang sehingga botak tetapi dibiarkan dan selepas kami membuat aduan, mereka hanya menutup kawasan bekas tarahan itu dengan kanvas,” dakwanya.

Dalam pada itu, menurut laporan Jurutera Daerah Barat Daya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 5 pagi itu turut menyebabkan sembilan kawasan ditenggelami air sebelum surut pada pukul 9 pagi.

Kesimpulannya, lebih banyak kerosakan dan malapetaka akan terus berlaku di Pulau Pinang jika parti rasis dan cauvinis DAP terus diberi kuasa mutlak perintah Pulau Pinang. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *