Batu Seperti Alat Sulit Lelaki Tular di Indonesia

Sebuah batu di salah sebuah pulau di Pulau Belitung, Sumatera telah menarik perhatian pengguna media sosial.  Disebabkan oleh bentuk batu itu yang unik dan aneh ia telah menjadi perbualan hangat netizen di Facebook dan juga Instagram.

Bentuk batu itu kelihatan seakan-akan seperti alat sulit lelaki malah nama pulau itu juga sesuai dengan batu itu iaitu Pulau Burung. Pulau itu merupakan salah satu tarikan pelancong yang sudah lama terkenal di Pulau Bangka Belitung.

Seorang pengguna Facebook bernama Aprianti Langkuisi menulis di akaunnya – “Batu yang terkenal di Belitung.” Dia telah memuat naik 20 gambar menunjukkan dia sedang ber’posing’ bersama batu di pulau itu.

Sejak memuat naik gambar itu, dia telah menerima lebih 100 like dan komen.

Aprianti Langkuisi rupanya gagal menamui batu itu sewaktu kali pertama mencarinya.  Tambahan pula pemandu yang membawa perahu pelancong itu juga tidak mengetahui lokasi sebenar batu yang dikatakan oleh Aprianti.

Selepas tiga hari, Aprianti kembali semula ke pulau itu dan dia telah berjaya menemui batu yang heboh dikatakan menyerupai alat sulit lelaki itu dan ternyata jika dilihat dengan teliti batu itu kelihatan seperti kemaluan lelaki.

Menurut belitungisland.com, Pulau Burung mempunyai keluasan lebih dari dua hektar dan di sebelah tenggara pulau ini terdapat batu granit yang menyerupai kepala burung.  Saiz batu itu adalah sama dengan bangunan tiga tingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *